14 Februari 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat susulan data inflasi A.S yang positif.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama kekal meningkat dengan lebih tinggi semasa sesi dagangan awal Asia susulan dengan pembebasan data inflasi U.S. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja A, indeks harga pengguna utama (core CPI) dalam A.S. telah meningkat kepada 0.2%, sejajar dengan jangkaan pasaran untuk bulan lepas. Pada masa yang sama, data initial jobless claims juga memberikan keputusan yang lebih baik daripada dijangkakan dengan bacaan sebanyak 205K berbanding dengan jangkaan pasaran 210K. Data-data positif tersebut telah menunjukkan bahawa ekonomi masih berada dalam tahap yang stabil, justerunya ia memberi rangsangan tambahan untuk dolar AS. Selain itu, anggota Rizab Persekutuan John Williams juga menyatakan bahawa ekonomi semasa masih berada di tempat yang “sangat baik”. Semasa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.06% kepada 1.3043.
Dalam komoditi, harga minyak mentah telah melambung sebanyak 0.09% kepada $ 51.47 setong semasa penulisan kerana para pelabur percaya bahawa Rusia dan OPEC akan memotong pengeluarannya dengan lebih mendalam untuk mengimbangi permintaan yang semakin menyusut untuk minyak mentah daripada peningkatan baru dalam jumlah kematian dan jangkitan yang berkaitan dengan wabak Covid-19 China. Seterusnya, harga emas meningkat 0.08% kepada $ 1576.81 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah penyusutan dalam selera risiko selepas kenaikan baru dalam jumlah kematian dan jangkitan yang dilaporkan oleh China dari wabak Covid-19.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15.00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q4) | -0.3% | – | – |
| 21.30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Jan) | 0.7% | 0.3% | – |
| 21.30 | USD – Retail Sales (MoM) (Jan) | 0.3% | 0.3% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4:Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 98.90. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 99.50.
Tahap rintangan: 99.50, 99.90
Tahap sokongan: 98.90, 98.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.3080. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2940.
Tahap rintangan: 1.3080, 1.3225
Tahap sokongan: 1.2940, 1.2830

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.0885. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.0795.
Tahap rintangan: 1.0885, 1.0990
Tahap sokongan: 1.0795, 1.0680

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 109.70. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 110.20, 110.65
Tahap sokongan: 109.70, 109.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap tinggi baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6675.
Tahap rintangan: 0.6765, 0.6840
Tahap sokongan: 0.6675, 0.6600

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6425. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6565
Tahap sokongan: 0.6425, 0.6380

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 1.3245. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.3325.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3380
Tahap sokongan: 1.3245, 1.3170

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9755. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9830.
Tahap rintangan: 0.9830, 0.9915
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9695

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 52.15. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 49.55.
Tahap rintangan: 52.15, 54.65
Tahap sokongan: 49.55, 46.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1563.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1588.00.
Tahap rintangan: 1588.00, 1613.35
Tahap sokongan: 1563.45, 1542.15