Buat apa seterusnya setelah berjaya mendaftar akaun GCMAsia?
Pengurus akaun anda akan hubungi anda secepat mungkin melalui telefon/email untuk memberikan tutorial percuma. Ini membolehkan anda memahami langkah-langkah yang wajib untuk berdagang forex dan CFD dengan GCMAsia. Anda juga digalakkan untuk dapatkan lebih banyak sumber pendidikan daripada Akademi kami.
Ada had masa pada akaun demo saya atau tidak?
Akaun latihan anda tiada had masa. Jumlah notasi sebanyak $100,000 dana latihan akan didepositkan ke dalam akaun dagangan anda secara automatik, membolehkan anda belajar dan berlatih dalam persekitaran perdagangan sebenar tetapi tanpa risiko
Bagaimana saya memasangkan GCMAsia Pro pada iPhone atau iPad saya?
1. Buka App Store dalam peranti anda, atau muat turun aplikasi dengan klik sini.
2. Isikan “GCMAsia Pro” dalam kotak carian dan klik Cari.
3. Klik butang install untuk mulakan proses muat turun.
4. Anda akan diminta untuk memilih di antara membuka akaun pengguna baru, atau isikan maklumat log masuk sebagai pengguna berdaftar.
5. Log masuk. Perhatikan jika anda pilih “Ingat kata laluan”, kedua-dua alamat emel dan kata laluan anda akan ditunjukkan (sebagai tanda bintang) secara automatik selepasnya.
6. Mula berdagang dengan menggunakan iPhone atau iPad anda.
Bagaimana saya memasangkan GCMAsia Pro pada mobile atau tablet Android saya?
1. Buka Play Store dalam peranti anda, atau muat turun aplikasi dengan klik sini.
2. Isikan “GCMAsia Pro” dalam kotak carian dan klik Cari.
3. Klik butang install untuk mulakan proses muat turun.
4. Anda akan diminta untuk memilih di antara membuka akaun pengguna baru, atau isikan maklumat log masuk sebagai pengguna berdaftar.
5. Log masuk. Perhatikan jika anda pilih “Ingat kata laluan”, kedua-dua alamat emel dan kata laluan anda akan ditunjukkan (sebagai tanda bintang) secara automatik selepasnya.
6. Mula berdagang dengan menggunakan mobile atau tablet Android anda.
Platform dagangan GCMAsia Pro saya tidak berfungsi secara betul, apa yang harus saya buat?
Pertama, cuba log masuk ke dalam platform dengan menggunakan web browser yang lain (contoh: cuba menggunakan FireFox jika anda sedang menggunakan Microsoft Edge). Jika masalah ini belum diselesaikan, semak tetapan sekuriti web browser anda untuk memastikan ia ditetapkan “medium (sederhana)” atau “low (rendah)”. Jika anda masih tidak boleh log masuk, tutup dan mulakan semula sambungan internet anda untuk memastikan bahawa sambungan internet anda berada dalam keadaan boleh diguna. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, sila pilih salah satu daripada senarai berikut untuk menghubungi kami.