67% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.67% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.
GCMAsia adalah rakan kongsi Fortrade. Fortrade merupakan nama perdagangan Fortrade Limited (diberi kuasa dan dikawal selia oleh FCA), Fort Securities Australia Pty Ltd (diberi kuasa dan dikawal selia oleh ASIC) dan Fortrade Mauritius Ltd. (diberi kuasa dan dikawal selia oleh FSC).
GCMAsia mematuhi sepenuhnya pada peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan oleh FCA, ASIC dan FSC, serta berusaha untuk menyediakan akses yang telus dan adil untuk forex pasaran-pasaran CFD dan forex global.

Peraturan FCA

Peranan utama Financial Conduct Authority (FCA) adalah untuk memastikan bahawa para pengguna mendapat perkhidmatan dan produk kewangan dari firma dan individual yang boleh dipercayai dan para pelanggan diperlakukan secara adil.  
FCA adalah organisasi yang terbuka dan telus serta menyediakan maklumat lengkap bagi firma, pengguna dan lain-lain mengenai objektif, pelan, dasar dan peraturan mereka. FCA bertanggungjawab terhadap menteri perbendaharaan dan melalui mereka terhadap parlimen. Penubuhan FCA telah mewujudkan peluang untuk mengawal selia industri perkhidmatan kewangan dengan lebih cekap.  
Sebagai broker yang dikawal selia oleh FCA, Fortrade adalah komited dalam membekalkan ketelusan. Ia meletakkan kepentingan para pelanggan dan integriti pasaran melalui nilai terasnya. Untuk mencapai matlamat ini, ia akan memastikan bahawa sistem kewangan semasa adalah kukuh, stabil dan mampan.

Peraturan ASIC

Australian Securities and Investments Commission (ASIC) adalah pengawal selia korporat, pasaran dan perkhidmatan kewangan Australia.

Peraturan FSC

Financial Services Commission (FSC) adalah sebuah badan kawal selia pembiayaan-sendiri yang ditubuhkan pada 2001 menurut Financial Services FSC Act, 2001 (Akta FSC). FSC bertanggungjawab dalam perlesenan, pengawal seliaan, pemantauan dan penyeliaan sekuriti, insurans dan industri-industri pencen swasta, serta siasatan dan pemberian sanks i kepada entiti berkenaan di bawah bidang kuasanya.