17 Februari 2020 Analisis Sesi Pagi
EUR/USD menyusut susulan dengan data yang suram.
EUR/USD telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lalu selepas data yang suram dari rantau Eropah dibebaskan. Menurut daripada Statistisches Bundesamt Deutschaland, Data Jerman Gross Domestik Produk (GDP) untuk bulan yang lepas telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 0.2% ke bacaan sebanyak 0.0%, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu 0.1%. Sementara itu, Gross Domestik Produk (GDP) dari zon Euro telah menyusut daripada bacaan terdahulu sebanyak 1.2% ke bacaan sebanyak 0.9%, lebih rendah daripada ramalan pasaran iaitu 1.0%. Kedua-dua data dari rantau Eropah adalah lebih buruk daripada jangkaan, yang selanjutnya mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di rantau kesatuan Eropah sambil meningkatkan jangkaan pasaran terhadap Bank Pusat Eropah bagi mengurangkan kadar faedahnya pada masa depan untuk memberangsangkan pertumbuhan ekonomi di Eropah. Selain itu, pasangan euro telah menerima tekanan bearish yang lanjutnya susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX akibat daripada kebimbangan terhadap wabak koronavirus. Sentimen negatif tersebut telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS dan Yen Jepun, yang selanjutnya mendorong beberapa penjualan ke atas aset berisiko seperti euro. Menurut daripada CNBC, angka terkini China telah menunjukkan sebanyak 68,600 kes koronavirus manakala 1,665 orang terbunuh oleh virus tersebut. Semasa penulisan, EUR/USD telah meningkat sebanyak 0.08% ke 1.0837.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.11% ke $52.37 se tong semasa penulisan. Walau bagaimanapun, pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada hari Jumaat yang lalu susulan dengan jangkaan pasaran terhadap OPEC+ untuk mengurangkan pengeluaran pada masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya pada hari Jumaat yang lalu susulan dengan kebimbangan terhadap wabak koronavirus, yang selanjutnya meningkatkan permintaan ke atas aset selamat seperti logam emas. Namun, semasa penulisan, harga emas telah menyusut sebanyak 0.10% ke $1581.88 se troy auns susulan dengan pembetulan teknikal.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All day USD United States- Washington’s Birthday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily:Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 99.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 99.00, 99.80
Tahap sokongan: 98.35, 97.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3020. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3110
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2985

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.0900. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0900, 1.1005
Tahap sokongan: 1.0785, 1.0655

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.15, 110.65
Tahap sokongan: 109.70, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6705. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6750.
Tahap rintangan: 0.6750, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6665

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6425. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6540
Tahap sokongan: 0.6425, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3240. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3330, 1.3395
Tahap sokongan: 1.3240, 1.3180

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9825. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9825, 0.9870
Tahap sokongan: 0.9780, 0.9750

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan 52.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 52.50, 53.45
Tahap sokongan: 51.75, 50.85

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1583.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1583.40, 1590.05
Tahap sokongan: 1576.45, 1564.50