17 Februari 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar didagang rata disebabkan oleh sentimen pasaran yang tidak stabil.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama didagang dengan rata, berhampiran paras tertinggi dalam tempoh 4 bulan selepas AS mengumumkan data ekonomi positif pada Jumaat lepas. Menurut Census Bureau AS, data Jualan Runcit AS turun sebanyak 0.3% seperti dijangkakan secara meluas, sedikit naik semasa berbanding dengan bacaan bulan lepas. Pada masa kini, ahli ekonomi masih mempunyai pandangan yang optimis terhadap sektor runcit AS dan meramalkan bahawa ia berkemungkinan dapat mengejar pertumbuhan ekonomi pada kadar yang mantap pada bulan depan. Walau bagaimanapun, kenaikan indeks dolar adalah terhad oleh wabak koronavirus baru-baru ini kerana para pelabur telah bersedia untuk pemotongan kadar faedah yang pertama oleh Federal Reserve (Fed). Walaupun dolar AS dianggap sebagai aset selamat utama, peserta pasaran telah mula menjual pegangan dolar mereka sebagai pertaruhan pasaran bahawa tekanan ke atas Rizab Persekutuan untuk memotong kadar faedah akan semakin tinggi apabila ekonomi global akan ‘selatan’, mempercayai bahawa wabak koronavirus akan memperluaskan jurang antara sasaran dan kadar inflasi semasa. Sebagai penulisan, indeks dolar mencatat penurunan sebanyak 0.01% ke 99.10.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.29% ke $52.05 setong selepas data menunjukkan AS menambah 2 rig minyak kepada sebanyak 678 pada minggu lepas. Aktiviti penggerudian minyak yang berat sebelah ke bawah dijangka akan meningkat kerana para pelabur bimbang terhadap kesan negatif wabak koronavirus terhadap prospek minyak mentah telah menyusut. Selain itu, harga emas turun 0.10% ke $1582.75 satu troy auns kerana sentimen pasaran terhadap aset yang berisiko telah mereda.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All day USD United States- Washington’s Birthday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily:Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 99.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 99.00, 99.80
Tahap sokongan: 98.35, 97.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3020. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3065, 1.3110
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2985

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.0900. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.0900, 1.1005
Tahap sokongan: 1.0785, 1.0655

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap sokongan 109.70. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 110.15, 110.65
Tahap sokongan: 109.70, 109.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6705. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6750.
Tahap rintangan: 0.6750, 0.6795
Tahap sokongan: 0.6705, 0.6665

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6425. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6540
Tahap sokongan: 0.6425, 0.6380

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3240. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3330, 1.3395
Tahap sokongan: 1.3240, 1.3180

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9825. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9825, 0.9870
Tahap sokongan: 0.9780, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 52.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 52.30, 54.05
Tahap sokongan: 50.95, 49.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1583.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1583.40, 1590.05
Tahap sokongan: 1576.45, 1564.50