20 Februari 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
AUD menjunam selepas China memotong kadar faedah.
Dolar Australia menjunam ke paras rendah 11 bulan selepas People’s Bank of China (PBOC) mengumumkan untuk memotong kadar faedah mereka. Semasa penulisan, pasangan AUD/USD menjunam sebanyak 0.41% ke 0.6647, paras yang terendah semenjak Februari 2009. Seperti yang dijangkakan oleh para pelabur, PBOC telah mengumumkan untuk memotong kadar faedah sebanyak 10 mata asas bagi kadar pinjaman setahun dan 5 mata asas bagi kadar pinjaman 5 tahun. Keputusan tersebut telah diambil bagi membendung impak koronavirus ke atas perkembangan ekonomi China. Justeru, kadar pinjaman yang lebih rendah boleh membantu para perniagaan untuk mengurangkan ketegangan kewangan. Namun, dolar Australia telah mengehadkan kerugiannya susulan dengan pembebasan data pekerjaan yang optimistik. Untuk bulan Januari, Employment Change telah meningkat ke paras 13.5K, lebih tinggi berbanding dengan ramalan iaitu 10.0K. Sementara itu, kadar penyertaan di dalam pekerjaan telah meningkat dari 66.0% ke 66.1% bagi bulan Januari. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas status penyebaran koronavirus serta data ekonomi bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.45% ke $53.73 setong. Niaga hadapan minyak menerima sokongan bullish selepas PBOC mengumumkan untuk memotong kadar faedah bagi membendung impak wabak koronavirus. Ini boleh mengurangkan tekanan ke atas permintaan minyak dari pengimport terbesar di dunia. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.15% ke $1,609.01 se troy auns selepas para pelabur menjangkakan tindakan PBOC dalam memotong kadar faedah bakal membantu mengurangkan impak koronavirus ke atas momentum ekonomi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Jan) | -0.6% | 0.5% | – |
| 21:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Feb) | 17.0 | 12.0 | – |
| 00:00
(21hb) |
CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 7.459M | 2.987M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 99.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 99.90.
Tahap rintangan: 99.90, 100.45
Tahap sokongan: 99.40, 98.90

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2960. MACD yang memaparkan isyarat momentum yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2865.
Tahap rintangan: 1.2960, 1.3080
Tahap sokongan: 1.2865, 1.2750

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.0795. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.0885.
Tahap rintangan: 1.0885, 1.0990
Tahap sokongan: 1.0795, 1.0680

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 111.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 111.75.
Tahap rintangan: 111.75, 112.20
Tahap sokongan: 111.20, 110.65

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6675. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6600.
Tahap rintangan: 0.6675, 0.6765
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6550

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6380. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6320.
Tahap rintangan: 0.6380, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6320, 0.6270

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3250. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.3250.
Tahap rintangan: 1.3250, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3095

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.9835. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.9755.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9915
Tahap sokongan: 0.9755, 0.9695

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 54.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 54.20, 56.30
Tahap sokongan: 52.55, 51.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1613.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1588.05.
Tahap rintangan: 1613.35, 1646.30
Tahap sokongan: 1588.05, 1563.45