25 Februari 2020 Analisis Sesi Pagi
Yen Jepun melonjak susulan dengan peningkatan risiko koronavirus.
Yen Jepun telah mencatat keuntungannya semalam susulan dengan peningkatan kebimbangan terhadap wabak koronavirus di dunia global, yang selanjutnya mengurangkan beberapa sentimen selera risiko dalam pasaran FX dan mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Yen Jepun. Menurut kepada CNBC, World Health Organization (WHO) memberi amaran bahawa peningkatan ketara dalam kes baru koronavirus di luar China adalah masalah yang sangat serius selepas peningkatan jangkitan koronavirus di Itali, Korea Selatan dan Iran. Itali telah melaporkan sebanyak lebih daripada 220 kes virus, dengan lima kematian pada hari Isnin pagi. Selain itu, Korea Selatan mengesahkan sebanyak 231 kes, meningkatkan jumlahnya di negara tersebut kepada lebih daripada 830 kes. Sementara itu, Iran mengesahkan sebanyak 61 kes dengan 12 kematian di seluruh negara. Sebaliknya, indeks dolar telah mencatat kerugiannya semalam susulan dengan para pelabur menjangkakan bahawa Bank Pusat AS akan mengurangkan kadar faedahnya pada jangka pendek untuk mengurangkan kesan-kesan wabak koronavirus. Namun, pada masa kini, para pelabur masih perlu memantau perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga data ekonomi untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya. Semasa penulisan, USD/JPY telah meningkat sebanyak 0.09% ke 110.80 manakala indeks dolar telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.03% ke 99.15.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.37% ke $51.50 se tong. Namun, pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah semalam susulan dengan para pelabur khuatir bahawa wabak koronavirus akan memusnahkan permintaan ke atas komoditi minyak mentah pada masa yang akan datang. Sebaliknya, harga emas mencatat keuntungannya semalam susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko. Walau bagaimanapun, semasa penulisan harga emas telah menyusut sebanyak 0.27% ke $1655.15 se troy auns susulan dengan pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German GDP (QoQ) (Q4) | 0.1% | 0.1% | – |
| 23:00 | USD – CB Consumer Confidence (Feb) | 131.6 | 132.0 | – |
| 05:30
(26hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 4.200M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4:Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 99.05. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 99.80, 100.45
Tahap sokongan: 99.05, 98.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2965. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2870.
Tahap rintangan: 1.2965, 1.3055
Tahap sokongan: 1.2870, 1.2775

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0780. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.0900.
Tahap rintangan: 1.0900, 1.1005
Tahap sokongan: 1.0780, 1.0655

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 112.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 109.95.
Tahap rintangan: 112.20, 113.60
Tahap sokongan: 109.95, 108.55

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6720. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6480.
Tahap rintangan: 0.6720, 0.6915
Tahap sokongan: 0.6480, 0.6285

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6350. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6305.
Tahap rintangan: 0.6350, 0.6400
Tahap sokongan: 0.6305, 0.6255

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3215. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3425
Tahap sokongan: 1.3215, 1.3135

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9780. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9840, 0.9900
Tahap sokongan: 0.9780, 0.9750

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 51.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 53.05, 55.75
Tahap sokongan: 51.25, 49.65

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1673.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1591.25.
Tahap rintangan: 1673.60, 1708.95
Tahap sokongan: 1591.25, 1522.60