27 Februari 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar meningkat selepas data perumahan yang kukuh.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat pada sesi Asia awal selepas data New Home Sales yang positif. Menurut kepada US Census Bureau, pembelian rumah yang baru telah meningkat kepada 764K, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 710K. Data tersebut telah menunjukkan bahawa keadaan pasaran perumahan masih kukuh walaupun dengan wabak koronavirus yang berterusan. Pada masa yang sama, data positif tersebut juga membantu dalam mengurangkan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan AS akan memberi isyarat lebih banyak untuk pelonggaran dalam dasar kewangan susulan dengan virus yang bahaya tersebut terus menyebar di luar China. Naib Pengerusi Fed Richard Clarida menyatakan bahawa ia masih terlalu cepat untuk menentukan sama ada Fed perlu membuat perubahan dalam dasar kewangan. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.17% kepada 99.03.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah merosot 0.11% kepada $ 49.57 semasa penulisan kerana ketakutan mengenai koronavirus kekal menimbang pada sentimen pasaran. Walaupun dengan data minyak mentah A.S yang positif baru-baru ini, pasaran tetap berada dalam ketakutan dan bimbang terhadap prospek bagi masa depan selepas peningkatan dalam laporan global kes Covid-19 telah membayangkan kepada para pelabur bahawa wabak tersebut yang cuma terhad di China sehingga bulan lalu kini telah menjadi isu global. Sebaliknya, harga emas kekal mantap dan menokok sebanyak 0.03% kepada $ 1641.35 se troy auns pada masa penulisan susulan dengan risiko koronavirus yang berterusan terus menyokong kepada permintaan aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21.30 | USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jan) | -0.1% | 0.2% | – |
| 21.30 | USD – GDP (QoQ) (Q4) | 2.1% | 2.1% | – |
| 23.00 | USD – Pending Home Sales (MoM) (Jan) | -4.9% | 2.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 98.90. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 99.40.
Tahap rintangan: 99.40, 99.90
Tahap sokongan: 98.90, 98.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2865. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2960, 1.3080
Tahap sokongan: 1.2865, 1.2750

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.0885. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.0785.
Tahap rintangan: 1.0885, 1.0990
Tahap sokongan: 1.0785, 1.0680

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 110.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 110.90.
Tahap rintangan: 110.95, 112.10
Tahap sokongan: 110.10, 10920

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6595. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6500.
Tahap rintangan: 0.6595, 0.6675
Tahap sokongan: 0.6500, 0.6420

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6305. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6210.
Tahap rintangan: 0.6305, 0.6385
Tahap sokongan: 0.6210, 0.6135

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.3325. MACD yang memaparkan isyarat momentum yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3380.
Tahap rintangan: 1.3380, 1.3435
Tahap sokongan: 1.3325, 1.3260

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9750. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.9835.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9915
Tahap sokongan: 0.9750, 0.9695

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 49.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 47.05.
Tahap rintangan: 49.40, 51.20
Tahap sokongan: 47.05, 44.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap berhampiran dengan tahap sokongan 1639.25. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1683.10, 1717.10
Tahap sokongan: 1639.25, 1613.35