83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Februari 2020                                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar jatuh susulan peningkatan dalam jangkaan pemotongan kadar.

Indeks dolar yang berbanding terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menjunam semasa sesi Asia awal berikutan dengan jangkaan pemotongan kadar Fed yang semakin meningkat disebabkan oleh wabak koronavirus. Menurut kepada data terkini, pasaran wang kini menjangkakan pemotongan sebanyak 25 mata asas pada kadar Fed menjelang April dan juga tiga lagi menjelang Mac tahun depan. Langkah yang dijangkakan tersebut adalah  untuk mengimbangi impak wabak koronavirus yang telah menjejaskan ekonomi global kerana virus tersebut terus menambah kematian dan kadar jangkitan serta menimbulkan ketakutan terhadap impak ekonomi daripada sekatan, gangguan rantaian bekalan, dan permintaan yang jatuh adalah lebih besar daripada yang dijangka sebelum ini. Pada masa yang sama, kemerosotan hasil AS juga menimbang pada sentimen di mana hasil 10 tahun telah menurun ke tahap terendah pada 1.25%. Pada masa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.62% kepada 98.32.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah terus melanjutkan penurunannya dan jatuh sebanyak 0.12% kepada $46.65 setong semasa penulisan di tengah-tengah kebimbangan mengenai koronavirus yang berterusan. Komoditi tersebut telah jatuh ke tahap rendah 2017 selepas A.S telah melaporkan kemungkinan dalam “jangkitan komuniti” pertama dari koronavirus yang melibatkan individu yang telah mengalami simptom walaupun individu tersebut tidak mengembara di luar negara atau bersentuhan dengan orang yang dijangkiti. Laporan ini telah meningkatkan ketakutan selanjutnya terhadap kemerosotan terhadap permintaan minyak. Seterusnya, harga emas kekal mantap dan menokok sebanyak 0.04% kepada $ 1646.61 se troy auns kerana susulan dengan wabak global terus menyokong harga emas.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.55 EUR – German Unemployment Change (Feb) -2K 3K
21.30 CAD – GDP (MoM) (Dec) 0.1% 0.1%
02.00 (29hb Feb) CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 679

 

Analisis Teknikal.

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 98.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.90, 99.40

Tahap sokongan: 98.35, 97.80

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2865. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2960, 1.3080

Tahap sokongan: 1.2865, 1.2750

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1000. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1000, 1.1085

Tahap sokongan: 1.0885, 1.0785

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 109.20. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 110.10, 110.95

Tahap sokongan: 109.20, 108.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6595. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6595, 0.6675

Tahap sokongan: 0.6500, 0.6420

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.6305. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6385.

 

Tahap rintangan: 0.6385, 0.6490

Tahap sokongan: 0.6305, 0.6210

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3880. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3380, 1.3435

Tahap sokongan: 1.3325, 1.3260

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.9895. MACD yang memaparkan isyarat momentum signal mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9625.

 

Tahap rintangan: 0.9695, 0.9750

Tahap sokongan: 0.9625, 0.9550

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 48.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 49.40.

 

Tahap rintangan: 49.40, 51.20

Tahap sokongan: 46.55, 44.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 1639.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1683.10.

 

Tahap rintangan: 1683.10, 1717.10

Tahap sokongan: 1639.25, 1613.35