83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 Mac 2020                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Mata wang Aussie kekal kukuh susulan data GDP positif.

Dolar Australia yang berbanding dengan dolar dan semua mata wang yang lain telah meningkat pada sesi lewat Asia selepas data GBP yang lebih baik daripada jangkaan. Menurut kepada Biro Perangkaan Australia, GDP bagi suku keempat telah meningkat kepada 0.5%, lebih baik daripada jangkaan pasaran sebanyak 0.3%. Data optimis tersebut telah meningkatkan keyakinan pasaran dan ia telah mendorong nilai mata wang Aussie dengan lebih tinggi. Selain itu, sentimen bullish juga disokong oleh pemotongan kadar yang tidak dijangka daripada Fed pada hari Selasa. Bank pusat AS telah mengurangkan kadarnya sebanyak 50 mata asas, pemotongan yang terbesar dalam lebih dari satu dekad demi untuk mengimbangi impak kemerosotan ekonomi daripada wabak koronavirus. Selain itu, bank pusat Austalia (RBA) juga mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas pada hari Selasa dan meninggalkan pintu dibuka untuk pemotongan yang selanjutnya pada bulan April. Pada masa penulisan, AUD / USD telah meningkat sebanyak 0.38% kepada 0.6604 manakala indeks dolar telah menyusut kepada 0.02% kepada 97.09.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 1.47% kepada $ 47.66 setong pada masa penulisan di tengah-tengah pemotongan kadar dari FED dan juga OPEC. Fed telah meningkatkan keyakinan pasaran selepas ia mengurangkan kadar pinjaman utamanya sebanyak separuh mata menjelang pertemuan 18 Mac yang dijadualkan. Selain itu, para pelabur kekal menjangkakan bahawa OPEC + akan bersetuju dengan Arab Saudi dalam rancangan untuk memotong 1 juta tong setiap hari pada mesyuarat hari Khamis. Sebaliknya, harga emas telah meningkat 0.48% kepada $ 1644.82 semasa penulisan berikutan dengan pemotongan kadar dan kebimbangan virus kekal mendorong permintaan untuk komoditi yang selamat tersebut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif      GBP        BoE MPC Treasury Committee Hearings

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Composite PMI (Feb) 53.3 53.3
17:30 GBP – Services PMI (Feb) 53.3 53.3
21:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Feb) 291K 170K
23:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Feb) 55.5 54.9
23:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 0.452M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, DailyIndeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berjaya memecah tahap sokongan di 97.45. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 96.80.

 

Tahap rintangan: 97.45, 97.90

Tahap sokongan: 96.80, 96.55

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran berlaku pada tahap rintangan di 1.2830. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.2785.

 

Tahap rintangan: 1.2830, 1.2870

Tahap sokongan: 1.2785, 1.2745

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1170. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1215.

 

Tahap rintangan: 1.1215, 1.1275

Tahap sokongan: 1.1170, 1.1110

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan di 107.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 106.80.

 

Tahap rintangan: 107.90, 108.65

Tahap sokongan: 106.80, 105.85

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6580. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6620.

 

Tahap rintangan: 0.6620, 0.6650

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6545

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan MA 50 (Biru). MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6315.

 

Tahap rintangan: 0.6315, 0.6355

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6205

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3335. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3335.

 

Tahap rintangan: 1.3435, 1.3490

Tahap sokongan: 1.3335, 1.3265

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 0.9585. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan di 0.9520.

 

Tahap rintangan: 0.9585, 0.9625

Tahap sokongan: 0.9520, 0.9450

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 46.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 48.10.

 

Tahap rintangan: 48.10, 49.30

Tahap sokongan: 46.60, 45.35

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1637.50. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1654.50.

 

Tahap rintangan: 1654.50, 1671.60

Tahap sokongan: 1637.50, 1625.95