83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

06 Mac 2020                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Dolar menjunam susulan jangkaan pemotongan kadar yang lebih lanjut.

Indeks dolar berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama terus jatuh semasa sesi Asia lewat berikutan dengan jangkaan pemotongan kadar yang lebih banyak dan kejatuhan besar dalam lengkungan hasil A.S mencatat rekod yang terendah. Disebabkan oleh peningkatan dalam ketakutan terhadap kesan coronavirus, pasaran kekal menambahkan jangkaan mereka bahawa Fed berkemungkinan akan mencadangkan pemotongan kadar sebanyak 50 mata asas untuk kali kedua pada bulan ini. Dalam laporan terbaru, Fed telah menyebutkan wabak 48 kali dan ia menunjukkan bahawa para penggubal sangat prihatin terhadap kemerosotan ekonomi ini. Pada masa yang sama, dolar juga telah menghilangkan kelebihannya yang paling penting susulan kejatuhan dalam lengkung hasil perbendaharaan. Justerunya ia menyebabkan para pelabur untuk memindahkan aset mereka ke pasaran lain. Lengkung hasil 10 tahun telah jatuh kepada 0.899%, bacaan yang paling rendah pada hari Khamis susulan dengan risiko koronavirus mencetuskan tawaran yang baru untuk hutang A.S. dengan perbelanjaan aset berisiko seperti saham. Pada masa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.26% hingga 96.57.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menjunam sebanyak 1.35% kepada $ 45.30 setong semasa penulisan berikutan dengan ketakutan dalam permintaan yang berterusan. Kebimbangan mengenai permintaan minyak global dan kelembapan pertumbuhan ekonomi yang disebabkan oleh wabak koronavirus terus menguasai pasaran. Pada masa yang sama, ketakutan tersebut juga dinaikkan dengan kebimbangan terhadap pengeluar minyak mentah bukan OPEC yang masih belum lagi bersetuju untuk mengurangkan bekalan untuk menyokong harga. Seterusnya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.40% kepada $ 1679.76 se troy auns berikutan dengan dolar yang lemah dan risiko koronavirus yang berterusan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 USD – Nonfarm Payrolls (Feb) 225k 175K
21:30 USD – Unemployment Rate (Feb) 3.6% 3.6%
21:30 CAD – Employment Change (Feb) 34.5K 10.0K
21:30 CAD – Ivey PMI (Feb) 57.3

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, DailyIndeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 96.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 96.80, 97.50

Tahap sokongan: 96.55, 96.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2940. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2975, 1.3015

Tahap sokongan: 1.2940, 1.2905

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 1.1215. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1275.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1325

Tahap sokongan: 1.1215, 1.1180

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 105.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.80, 107.90

Tahap sokongan: 105.85, 105.40

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6580. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6620.

 

Tahap rintangan: 0.6620, 0.6650

Tahap sokongan: 0.6580, 0.6545

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji tahap rintangan 0.6315. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6315, 0.6355

Tahap sokongan: 0.6255, 0.6205

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3335. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3435.

 

Tahap rintangan: 1.3435, 1.3490

Tahap sokongan: 1.3335, 1.3265

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9450. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9385.

 

Tahap rintangan: 0.9450, 0.9520

Tahap sokongan: 0.9385, 0.9330

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 46.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 43.80.

 

Tahap rintangan: 46.55, 48.80

Tahap sokongan: 43.80, 41.50

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1668.35. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan  mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1686.70.

 

Tahap rintangan: 1686.70, 1710.10

Tahap sokongan: 1668.35, 1653.35