83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Mac 2020                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar kekal lemah berikutan pengumuman WHO.

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyusut semasa sesi Asia awal kerana ketakutan pasaran telah direalisasikan selepas WHO mengisytiharkan koronavirus sebagai wabak pandemik global secara rasmi. Menurut kepada kenyataan daripada Pengarah WHO Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, jumlah kes di luar China telah meningkat sebanyak 13 kali ganda dan jumlah negara yang terjejas juga meningkat sebanyak tiga kali ganda. Selain itu, beliau juga menambah bahawa jumlah kes, kematian dan negara yang terjejas dijangkan akan meningkat dengan lebih tinggi pada hari-hari yang akan datang. Di Amerika Syarikat, Washington telah mengesahkan 366 lagi kes koronavirus (COVID-19), dengan 29 menambah kepada angka kematian. Sementara itu, Itali juga mencatatkan 168 kematian baru daripada koronavirus, kes tertinggi dalam satu hari di negara tersebut manakala jumlah jangkitan telah melonjak melepasi 10000. Ketakutan koronavirus dijangka berterusan dan akan terus mengurangkan keyakinan para pelabur. Pada masa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.08% hingga 96.39.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.11% kepada $ 33.20 setong pada masa penulisan susulan dengan rancangan untuk kapasiti yang lebih tinggi. Menurut kepada laporan terbaru, Menteri Tenaga Arab Saudi telah mengarahkan pengeluar minyak Saudi Aramco untuk menaikkan kapasiti outputnya kepada 13 juta dari 12 juta tong sehari. Selain itu, syarikat minyak negara UAE ADNOC juga berkata ia akan meningkatkan bekalan minyak mentah kepada lebih dari 4 juta tong sehari pada bulan April. Seterusnya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.52% kepada $ 1643.74 se troy auns kerana peningkatan dalam ketakutan koronavirus kekal meningkatkan daya tarikan komoditi yang selamat tersebut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20.45                     EUR                      ECB Monetary Policy Statement

21.30                     EUR                      ECB Press Conference

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – PPI (MoM) 0.5% -0.1%
20.45 EUR – Deposit Facility Rate (Mar) -0.50% -0.50%
20.45 EUR – ECB Marginal Lending Facility 0.25% 0.25%
20.45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Mar) 0.00% 0.00%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 96.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 96.00.

 

Tahap rintangan: 96.60, 97.10

Tahap sokongan: 96.00, 95.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.2870. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2730.

 

Tahap rintangan: 1.2870, 1.3020

Tahap sokongan: 1.2730, 1.2570

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1335. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1190.

 

Tahap rintangan: 1.1335, 1.1460

Tahap sokongan: 1.1190, 1.1085

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 105.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 103.65.

 

Tahap rintangan: 105.50, 106.95

Tahap sokongan: 103.65, 101.90

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6450. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6530, 0.6650

Tahap sokongan: 0.6450, 0.6385

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6305. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6210.

 

Tahap rintangan: 0.6305, 0.6385

Tahap sokongan: 0.6210, 0.6135

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3785. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 1.3665.

 

Tahap rintangan: 1.3785, 1.3900

Tahap sokongan: 1.3665, 1.3575

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9365. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.9460.

 

Tahap rintangan: 0.9460, 0.9550

Tahap sokongan: 0.9365, 0.9265

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 35.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 30.60.

 

Tahap rintangan: 35.05, 39.25

Tahap sokongan: 30.60, 27.20

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1652.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1613.35.

 

Tahap rintangan: 1652.40, 1684.80

Tahap sokongan: 1613.35, 1588.05