16 Mac 2019 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mac 16 – 20
Reviu Pasaran (Forex): Mac 9 – 13
US Dollar
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah mengukuhkan kekuatannya pada minggu lepas sementara menamatkan sesi Jumaat lepas pada harga 98.46. Minggu lalu, walaupun dengan risiko koronavirus yang berterusan, dolar AS kekal kukuh berbanding mata wang lain selepas data menunjukkan bahawa keyakinan pasaran terhadap ekonomi kekal teguh dan Fed A.S berikrar untuk melaksanakan rangsangan ekonomi selanjutnya untuk melawan kesan koronavirus.
Pada minggu lepas, data telah menunjukkan bahawa keyakinan pengguna terhadap ekonomi A.S kekal positif apabila ia telah memberi bacaan sebanyak 95.9, melepasi jangkaan pasaran sebanyak 95 menurut kepada Universiti Michigan. Di samping itu, Fed A.S baru-baru ini juga menyatakan bahawa ia akan mengurangkan kadar faedahnya kepada sifar dan melancarkan satu program pelonggaran dasar baru yang agresif sebanyak $ 700 bilion. Di samping itu, Fed juga mengurangkan kadar pinjaman kecemasan dengan diskaun untuk bank sebanyak 125 mata asas kepada 0.25% serta memanjangkan tempoh pinjaman kepada 90 hari. Langkah agresif tersebut oleh Fed telah menyokong momentum pembelian untuk dolar Amerika.
Memandangkan pasaran kekal membuat spekulasi terhadap impak yang berpotensi dari wabak tersebut, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada perkembangan yang berterusan dalam koronavirus serta data ekonomi yang akan datang untuk mendapat isyarat selanjutnya untuk dolar AS.
USD/JPY
Pasangan USD / JPY telah melonjak minggu lalu sambil menamatkan sesi Jumaat lepas dengan harga 107.99. Oleh kerana pengurangan kadar dan pelonggaran dasar dari bank pusat global dan gabungan faktor-faktor positif, mata wang Yen Jepun sebagai mata wang selamat telah jatuh dan menyebabkan para pelabur memindahkan portfolio mereka dari pasaran selamat ke pasaran yang lebih berisiko seperti dolar A.S.
EUR/USD
EUR / USD kekal bergelut secara keseluruhan pada minggu lepas sementara menutup sesi dagangan minggu lepas pada harga 1.1155. Susulan dengan kekuatan dolar AS ditambah dengan keadaan yang semakin buruk di Itali, permintaan terhadap Euro telah menjunam dan menyebabkan para pelabur untuk mengabaikan pasangan ini.
GBP/USD
GBP / USD terus melanjutkan kejatuhan pada minggu lalu sambil menamatkan sesi pasaran dengan harga 1.2394. Pasangan ini berada dalam risiko untuk menuju ke bawah berikutan dengan kenyataan dasar dari BoE dan kekuatan dolar AS. Minggu lalu, BoE telah mengeluarkan minit mesyuarat baru-baru ini dan memutuskan bahawa ia akan menurunkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas. Selain itu, ia juga menyatakan ia boleh menurunkan kadar lebih jika perlu. Sentimen secara keseluruhan masih dikuasai oleh ketakutan koronavirus, justerunya ia menyebabkan para pelabur kekal bertindak balas secara negatif terhadap mata wang paun sterling.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 9 – 13
GOLD
Harga emas telah jatuh minggu lalu sambil mengakhiri pasaran dengan harga sekitar $ 1529.35 se troy auns. Oleh kerana krisis pasaran global, pelabur bergegas untuk mencairkan aset mereka kepada wang tunai untuk memenuhi margin kedudukan mereka. Ketakutan terhadap kemelesetan dan pengumuman yang dijadualkan mengenai kecemasan negara bagi Amerika Syarikat oleh Presiden Donald Trump untuk menangani koronavirus telah membuat para pelabur di seluruh pasaran berwaspada pada hari Jumaat. Oleh itu, keinginan untuk bertukar sebarang aset untuk menjadi wang tunai telah menyebabkan emas menjadi sasaran utama untuk pencarian.
Crude Oil
Harga minyak mentah kekal menghadapi tekanan dan melanjutkan kejatuhannya minggu lalu sambil menamatkan harga pada 30.10 berikutan dengan ketegangan antara Arab Saudi dan Rusia yang telah mencetuskan perang harga minyak.
Minggu lepas, harga komoditi telah jatuh lebih daripada 30% selepas Rusia memutuskan untuk membatalkan perjanjian selama 3 tahun dengan enggan menyertai cadangan untuk pemotongan oleh Arab Saudi. Arab Saudi telah menurunkan harga penjualannya bagi minyaknya dan kemudian mengumumkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak secara besar-besaran sebagai tindak balas. Justerunya ia terus menekan harga minyak selanjutnya yang telah pun telah menjunam akibat wabak penyakit dan impak terhadap ekonomi global.
Oleh kerana peluang pemulihan bagi permintaan minyak kekal rendah dan komoditi itu dijangka akan meluaskan tekanan jualannya dan, pelabur akan mengalih perhatian mereka ke arah pembangunan berterusan antara Arab Saudi dan Rusia serta keadaan wabak koronavirus yang boleh menjejaskan permintaan untuk komoditi
Tinjauan Pasaran: Mac 16 – 20
Untuk minggu ini, para pelabur akan terus memberi tumpuan kepada data yang akan datang seperti Core Retail Sales yang akan dikeluarkan minggu ini untuk mendapat isyarat pasaran yang lebih lanjut. Di samping itu, pelabur juga akan terus fokus kepada perkembangan mengenai koronavirus yang berterusan dan kemungkinan dalam langkah selanjutnya dari bank pusat global.
Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat tahap inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA serta perkembangan antara Rusia dan Arab Saudi. Di samping, mereka juga akan memantau keadaan koronavirus untuk mengukur kekuatan permintaan mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: Mac 16 – 20
| Isnin, Mac 16 |
Data USD – Fed Interest Rate Decision CNY – Industrial Production (YoY) (Feb)
Acara NZD – RBNZ Rate Statement USD – FOMC Statement USD – U.S. President Trump Speaks NZD – RBNZ Press Conference USD – FOMC Press Conference
|
| Selasa, Mac 17 |
Data GBP – Average Earnings Index +Bonus (Jan) GBP – Claimant Count Change (Feb) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Mar) USD – Core Retail Sales (MoM) (Feb) USD – Retail Sales (MoM) (Feb) USD – JOLTs Job Openings (Jan)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes
|
| Rabu, Mac 18 |
Data EUR – CPI (YoY) (Feb) USD – Building Permits (Feb) CAD – Core CPI (MoM) (Feb) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara N/A
|
|
Khamis, Mac 19 |
Data NZD – GDP (QoQ) (Q4) AUD – Employment Change (Feb) CHF – SNB Interest Rate Decision USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Mar)
Acara CHF – SNB Monetary Policy Assessment
|
|
Jumaat, Mac 20
|
Data CNY – PBoC Loan Prime Rate CAD – Core Retail Sales (MoM) (Jan) USD – Existing Home Sales (Feb)
Acara N/A
|