16 Mac 2020 Analisis Sesi Petang
NZD/USD menyusut selepas RBNZ memotong kadar faedah.
Dolar New Zealand telah mencatat kerugiannya selepas Bank Pusat New Zealand mengumumkan pengurangan kadar faedahnya ada hujung minggu yang lalu untuk mengurangkan impak negatif yang akibat daripada koronavirus. Menurut kepada Reuters, Bank Pusat New Zealand telah mengurangkan kadar faedahnya dari bacaan terdahulu sebanyak 1.0% ke bacaan sebanyak 0.25%. Tambahan pula, mereka juga bercadang untuk menangguhkan untuk memulakan keperluan modal baru dengan 12 bulan. Selain itu, jawatankuasa Bank Pusat New Zealand juga memberi amaran bahawa kesan-kesan negatif koronavirus ke atas ekonomi New Zealand akan terus menjadi ketara. Walau bagaimanapun, Gabenor Bank Pusat New Zealand, Adrian Orr menegaskan bahawa beliau masih tidak merenungkan kadar faedah negatif pada ketika ini, sambil mendakwa bahawa sistem kewangan New Zealand masih kekal stabil dan institusi kewangan utama masih kecairan dan kukuh. Namun, beliau juga menegaskan bahawa Bank Pusat New Zealand akan terus memantau pasaran kewangan dengan keliti untuk membuat keputusan bagi dasar-dasar pada masa depan. Di samping itu, mata wang proksi China seperti Dolar New Zealand dan dolar Australia telah menerima momentum bearish yang lanjutnya selepas data yang suram dari rantau China dibebaskan. Menurut kepada National Bureau of Statistics, China Industrial Production untuk bulan yang lepas telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 6.9% ke bacaan sebanyak -13.5%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 1.5%. Semasa penulisan, NZD/USD telah menyusut sebanyak 0.32% ke 0.6038 manakala AUD/USD telah mencatat kerugiannya sebanyak 0.42% ke 0.6154.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 5.40% ke $31.55 se tong semasa penulisan. Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan penyebaran koronavirus dan perang harga di antara Rusia dan Arab Saudi secara berterusan untuk memberi momentum bearish ke atas komoditi tersebut. Mengenai permintaan minyak mentah, para pelabur khuatir bahawa wabak koronavirus akan memusnahkan perkembangan ekonomi dunia dan menjejaskan permintaan ke atas komoditi tersebut. Dari sesi pengeluaran, para pelabur bimbang bahawa pasaran minyak mentah akan menghadapi isu berlebihan selepas Arab Saudi meningkatkan pengeluarannya dan mengurangkan harga minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 1.15% ke $1546.05 se troy auns semasa penulisan susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – NY Empire State Manufacturing Index (Mar) | 12.90 | 4.40 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 98.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.95.
Tahap rintangan: 98.95, 99.65
Tahap sokongan: 98.20, 97.60

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2320. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2425, 1.2555
Tahap sokongan: 1.2320, 1.2185

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1090. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1165, 1.1200
Tahap sokongan: 1.1090, 1.1015

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 105.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 107.20, 108.35
Tahap sokongan: 105.80, 103.60

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6115. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6295.
Tahap rintangan: 0.6295, 0.6515
Tahap sokongan: 0.6115, 0.5780

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6045. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6190, 0.6250
Tahap sokongan: 0.6045, 0.5845

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3865. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3865, 1.3945
Tahap sokongan: 1.3790, 1.3730

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9510. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9445.
Tahap rintangan: 0.9510, 0.9545
Tahap sokongan: 0.9445, 0.9395

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 29.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 36.90, 45.45
Tahap sokongan: 29.40, 26.05

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1535.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1556.85.
Tahap rintangan: 1556.85, 1572.05
Tahap sokongan: 1535.20, 1513.05