83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 Mac 2020                        Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melantun susulan langkah selanjutnya dari Fed.

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah meningkat pada sesi awal Asia Selasa berikutan dengan pasaran memperoleh kembali selera risiko disebabkan oleh pelonggaran yang agresif yang diambil oleh U.S Fed dan bank pusat lain. Menurut kepada rancangan yang terbaru, Fed telah melancarkan langkah selanjutnya minggu ini selepas mengulaskan rancangan untuk mewujudkan kemudahan dalam pemberian pinjaman bagi menyokong pasaran hutang komersial jangka pendek untuk mengelakkan krisis kecairan daripada impak jangkitan koronavirus. Selain itu, Setiausaha Perbendaharaan A.S Steve Mnuchin telah menyediakan pakej rangsangan $ 850 bilion termasuk potongan gaji gaji, cek dihantar kepada pembayar cukai dan sokongan untuk industri seperti syarikat penerbangan yang telah dijejaskan oleh wabak tersebut untuk menyokong ekonomi. Langkah-langkah ini telah membantu dalam membina semula keyakinan para pelabur terhadap pasaran selepas penyebaran coronavirus global telah menjejaskan pasaran sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Justerunya ia telah mendorong para pelabur untuk menambah pelaburan mereka pada dolar AS. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 1.46% kepada 99.74. Sementara itu, GBP / USD kekal lemah dan turun sebanyak 0.13% kepada 1.2109 semasa penulisan selepas kerajaan U.K mengambil pendirian yang berbeza terhadap dasar coronavirus yang boleh menyebabkan kemelesetan yang ketara kepada ekonomi, justerunya ia menyeret sentimen pelabur dan nilai pasangan.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal tertekan dan jatu sebanyak 0.11% kepada $27.18 setong susulan dengan kebimbangan mengenai bekalan yang berlebihan dan permintaan yang kekal terus menguasai pasaran. Oleh kerana Arab Saudi dan Rusia terus berjuang untuk sebahagian daripadpasaran, menteri tenaga Saudi telah menyatakan bahawa eksport minyak mentah dijangka akan meningkat dalam beberapa bulan akan datang kepada lebih daripada 10 juta tong sehari. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.87% kepada $ 1541.68 se troy auns pada masa penulisan susulan dengan pelbagai pelan penyelamatan bagi ekonomi US telah membantu komoditi tersebut untuk mendapatkan semula daya tarikannya.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18.00 EUR – CPI (YoY) (Feb) 1.2% 1.2%
20.30 USD – Building Permits (Feb) 1.550M 1.500M
20.30 CAD – Core CPI (MoM) (Feb) 0.4%
22.30 CrudeOIL – Crude OIL Inventories 7.664M 3.256M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 99.80. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkandolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 99.80, 101.15

Tahap sokongan: 98.65, 97.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1955. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.2420.

 

Tahap rintangan: 1.2420, 1.2745

Tahap sokongan: 1.1955, 1.1565

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.0970. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1065.

 

Tahap rintangan: 1.1065, 1.1190

Tahap sokongan: 1.0970, 1.0870

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 105.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 108.60.

 

Tahap rintangan: 108.60, 110.55

Tahap sokongan: 105.70, 103.10

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6150. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan terkini 0.6150.

 

Tahap rintangan: 0.6150, 0.6450

Tahap sokongan: 0.5770, 0.5515

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.5935. Namun,MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.6090.

 

Tahap rintangan: 0.6090, 0.6205

Tahap sokongan: 0.5935, 0.5790

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.4295. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.4060.

 

Tahap rintangan: 1.4295, 1.4610

Tahap sokongan: 1.4060, 1.3765

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9620. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9435.

 

Tahap rintangan: 0.9620, 0.9745

Tahap sokongan: 0.9435, 0.9235

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 28.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 21.65.

 

Tahap rintangan: 35.30, 43.25

Tahap sokongan: 21.65, 14.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1518.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1586.45.

 

Tahap rintangan: 1586.45, 1682.00

Tahap sokongan: 1518.70, 1457.90