83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 Mac 2020                        Analisis Sesi Pagi

 

Aset selamat dolar melonjak susulan dengan peningkatan ketidakpastian sedunia.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama berjaya mengekalkan sebahagian besar keuntungannya semalam susulan dengan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global yang menggesa para pelabur untuk membina sebahagian besar portfolio mereka dengan dolar. Setakat ini, kerajaan AS kini telah merancang untuk menyuntik dana ke dalam ekonomi untuk menyokongnya daripada kesan negatif wabak koronavirus. Menurut Bloomberg, rancangan pelan rangsangan akan datang ini berjumlah $ 1.3 trilion yang masih menunggu persetujuan daripada Kongress. Pada masa ini, ekonomi global tetapi bukan sahaja Amerika Syarikat telah musnah sejak kemunculan coronavirus ini, dan ia telah memaksa bank pusat global untuk melonggarkan dasar monetari dan dasar fiskal mereka untuk menangani isu virus. Semasa penulisan, indeks dolar naik 1.34% ke 100.90. Sebaliknya, pasangan EUR/USD telah menaik sebanyak 0.33% ke 1.0950 selepas ECB mengumumkan pelan rangsangan baru untuk mengehadkan kemelesetan ekonomi. Selepas mesyuarat peringkat penggubal dasar dijalankan pada awal hari ini, ECB secara rasmi memutuskan untuk melaksanakan program pembelian bon kecemasan yang bernilai 750 bilion euro untuk mengurangkan kos peminjaman, mengangkat ekonomi daripada serangan coronavirus. ECB juga mendedahkan bahawa program pembelian bon akan dijalankan secara berperingkat-peringkat dan berlangsung hingga akhir tahun 2020 manakala skim itu juga akan melibatkan pembelian bon dari Greece walaupun ia telah diharamkan oleh ECB kerana penarafan kredit yang rendah.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.94% ke $23.30 setong selepas mencecah tahap terendah sejak tahun 2002, memandangkan ketakutan terhadap kemelesetan ekonomi terus memacu pasaran minyak ke bawah. Setakat ini, pandemik coronavirus terus mengurangkan permintaan komoditi ini sementara bekalan minyak mentah dunia melonjak dengan ketara selepas Arab Saudi memutuskan untuk mengangkat pengeluaran minyak mereka sehingga bulan Mei sebagai tindak balas terhadap Rusia. Selain itu, harga emas jatuh sebanyak 0.08% ke $1485.20 satu troy auns kerana pasaran saham AS berhenti selama 15 minit selepas mencetuskan sekali lagi circuit breaker peringkat 1, mendesak pelabur menjual jual emas mereka untuk mengelakkan margin call.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

16:30                     CHF                                         SNB Monetary Policy Assessment

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:30 AUD – Employment Change (Feb) 13.5K 10.0K
16:30 CHF – SNB Interest Rate decision -0.75%
20:30 USD – Initial Jobless Claim 211K 220K
20.30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Mar) 36.7 10.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 101.20. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 101.20, 102.90

Tahap sokongan: 99.35, 97.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1570. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1760, 1.1900

Tahap sokongan: 1.1570, 1.1460

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintnangan di 1.0900. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0970.

 

Tahap rintangan: 1.0970, 1.1045

Tahap sokongan: 1.0900, 1.0835

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 108.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk berundur dari tahap rintangan di 107.25.

 

Tahap rintangan: 108.45, 109.25

Tahap sokongan: 107.25, 106.05

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.5985. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5660.

 

Tahap rintangan: 0.5985, 0.6350

Tahap sokongan: 0.5660, 0.5375

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 0.5870. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5595.

 

Tahap rintangan: 0.5870, 0.6075

Tahap sokongan: 0.5595, 0.5420

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.4325. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.4520.

 

Tahap rintangan: 1.4520, 1.4605

Tahap sokongan: 1.4325, 1.4150

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 0.9680. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish bias mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap 0.9735.

 

Tahap rintangan: 0.9735, 0.9840

Tahap sokongan: 0.9680, 0.9625

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 25.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 21.70.

 

Tahap rintangan: 25.75, 35.30

Tahap sokongan: 21.70, 19.10

 

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1503.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1477.00.

 

Tahap rintangan: 1503.40, 1536.95

Tahap sokongan: 1477.00, 1442.30