23 Mac 2020 Analisis Sesi Pagi
Indeks dolar menjunam selepas pelan rangsangan gagal diluluskan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama gagal mengekalkan keuntungan hari Jumaat terakhir susulan dengan pelan rangsangan Covid-19 gagal untuk diluluskan di tahap pertama iaitu tahap Senate. Pada minggu lepas, kerajaan AS bekerja rapat dengan Federal Reserve dalam isu pandemik koronavirus, dan akhirnya merangka satu pakej rangsangan besar untuk menyokong ekonomi AS daripada kesan negatif virus ini. Secara terperinci, rancangan rangsangan ini terdiri daripada $ 1,200 cek untuk kebanyakan orang dewasa U.S dan sejumlah besar dana yang dirancang akan digunakan untuk membantu perniagaan tempatan yang telah menghentikan operasi semasa wabak pandemik. Walau bagaimanapun, pelan ini kebanyakannya ditolak oleh ahli Parti Democratic kerana mereka berpendapat bahawa usul-usul itu harus digubal semula, meletakkan keputusan undian menjadi 47 berbanding 47. Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump percaya bahawa penggubal undang-undang akan mencapai kesepakatan pada masa yang akan datang, dikatakan oleh beliau dalam akhbar taklimat selepas undi berakhir. Semasa sesi dagangan Asia, indeks dolar turun sebanyak 0.01% ke 102.80. Sebaliknya, pasangan EUR/USD mencatatkan kerugianya sebanyak 0.19% ke 1.0670 di tengah-tengah penyebaran coronavirus di zon Eropah. Menurut sumber berita terbaru, Itali telah melaksanakan sekatan pergerakan di negara ini selepas kematiannya meningkat 651 kepada jumlah 5476, sebagai usaha untuk mencegahkan penyebaran virus yang cepat ini.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 9.18% ke $21.10 setong berikutan dengan beberapa badan ekonomi terbesar melaksanakan sekatan pergerakan di negara mereka untuk menyekat kesan negatif pandemik, meletakkan prospek permintaan minyak di ‘zon gelap’. Di samping itu, harga emas menurun sebanyak 0.33% ke 1,493.20 satu troy auns selepas pasaran niaga hadapan AS jatuh dengan ketara pada hari semalam, pelabur dihendaki melepaskan pegangan emas mereka untuk mengelakkan risiko margin call.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 103.75. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 102.90.
Tahap rintangan: 103.75, 105.00
Tahap sokongan: 102.89, 101.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran tahap sokongan 1.1545. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1760.
Tahap rintangan: 1.1760, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1545, 1.1440

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi seleaps ia melantun dari tahap sokongan di 1.0650. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0715.
Tahap rintangan: 1.0715, 1.0790
Tahap sokongan: 1.0650, 1.0560

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah seleaps ia berundur dari tahap rintangan di 111.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 110.05.
Tahap rintangan: 111.15, 112.25
Tahap sokongan: 110.05, 109.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5985. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.5660.
Tahap rintangan: 0.5985, 0.6350
Tahap sokongan: 0.5660, 0.5375

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.5595. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.5865.
Tahap rintangan: 0.5865, 0.6075
Tahap sokongan: 0.5595, 0.5420

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap tinggi. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.4325.
Tahap rintangan: 1.4520, 1.4605
Tahap sokongan: 1.4325, 1.4150

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9840. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9975
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9785

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 21.50. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap sokongan di 21.50.
Tahap rintangan: 25.75, 30.50
Tahap sokongan: 21.50,19.10

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1477.00. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dam menuju ke arah tahap rintangan di 1503.40.
Tahap rintangan: 1503.40, 1536.95
Tahap sokongan: 1477.00, 1442.30