83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Mac 2020                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Yen Jepun meningkat susulan pembelian tambahan dari BoJ.

Yen Jepun yang didagang dengan dolar dan mata wang yang lain telah meningkat semasa sesi lewat Asia berikutan dengan isyarat pembelian bon dari BoJ. Menurut kepada laporan terbaru, bank pusat Jepun (BoJ) telah memberi isyarat bahawa ia akan membeli selanjutnya dalam Bon Kerajaan Jepun (JGB) yang bernilai 800 juta yen. Bon tersebut yang merangkumi tempoh jangka sederhana (3 hingga 10 tahun) termasuk dalam pembelian JGB pada hari Isnin. Pada masa yang sama, Yen Jepun juga mengambil petunjuk dari peningkatan dalam jumlah kes koronavirus dari AS dan Itali menambah momentum pembelian yang lanjut untuk mata wang tersebut. Dalam kes koronavirus, AS kini berada pada kedudukan ketiga yang tertinggi selepas Itali dan China dengan kes jangkitan melonjak sebanyak 11606 kepada 38813 manakala jumlah kematian juga meningkat sebanyak 111 kepada 460. Pada masa penulisan, USD/JPY telah jatuh sebanyak 0.58% kepada 110.12 manakala indeks dolar juga turun sebanyak 0.52% kepada 103.11.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah merosot sebanyak 4.66% kepada $22.14 setong semasa penulisan berikutan dengan perjanjian antara OPEC dan A.S. gagal menjadi kenyataan. Pada hari Jumaat, Setiausaha OPEC Mohammad Barkindo telah Pesuruhjaya Kereta Api Texas Ryan Sitton ke mesyuarat organisasi musim panas pada bulan Jun. Namun, Sitton telah menghadapi kritikan kerana beliau telah menyeru penyusutan dalam pengeluaran minyak mentah Texas buat pertama kalinya sejak tahun 1970. Pada masa yang sama, Arab Saudi dan Rusia masih tidak berundur dari perang harga yang berterusan mereka dan ia terus memberi tekanan untuk komoditi ini. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.25% kepada $ 1492.49 pada masa penulisan berikutan dengan wabak yang semakin teruk dan dolar yang lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 101.75. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 101.90.

 

Tahap rintangan: 103.75, 105.65

Tahap sokongan: 101.90, 99.80

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas baru-baru ini mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.1860.

 

Tahap rintangan: 1.1860, 1.2160

Tahap sokongan: 1.1465, 1.1150

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.0660. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.0820.

 

Tahap rintangan: 1.0820, 1.0970

Tahap sokongan: 1.0660, 1.0555

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 111.45. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 108.45.

 

Tahap rintangan: 111.45, 114.05

Tahap sokongan: 108.45, 105.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.5975. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.5560.

 

Tahap rintangan: 0.5975, 0.6265

Tahap sokongan: 0.5560, 0.5290

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.5530. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.5870, 0.6120

Tahap sokongan: 0.5530, 0.5300

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.4465. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4465, 1.4685

Tahap sokongan: 1.4205, 1.3990

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan lantunan dari tahap rintangan 0.9890. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9735.

 

Tahap rintangan: 0.9890, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9735, 0.9595

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 21.35. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 28.00, 35.55

Tahap sokongan: 21.35, 15.00.

 

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi, Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 1538.05.

 

Tahap rintangan: 1538.05, 1607.55

Tahap sokongan: 1463.05, 1397.40