24 Mac 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Paun sterling melantun susulan langkah sekatan yang lebih ketat.
Paun sterling U.K yang didagang terhadap dolar AS dan mata wang lain telah memulih dari paras terendahnya semasa sesi lewat Asia selepas U.K mengetatkan sekatannya untuk melawan pandemik koronavirus. Menurut kepada laporan, Perdana Menteri Boris Johnson telah mengenakan sekatan pada seluruh negara pada hari Isnin dan memberitahu orang awam Britain untuk tinggal di rumah. Sekatan tersebut yang akan dinilai semula dalam masa tiga minggu akan menutup semua perniagaan yang dianggap tidak penting dan mengehadkan perkumpulan lebih daripada dua orang di khalayak ramai. Selepas dituduh menghantar isyarat yang bercampuran pada sebelumnya, langkah ketat tersebut telah membantu paun sterling untuk mendapatkan semula keyakinan kerana para pelabur berharap langkah itu boleh membantu dalam melambatkan dan mengurangkan angka dalam kes dan kematian daripada koronavirus. Sehingga kini, jumlah kes jangkitan telah melonjak sebanyak 958 kepada 6661 manakala jumlah kematian juga meningkat sebanyak 32 kepada 335. Pada masa penulisan, GBP / USD telah meningkat sebanyak 0.84% kepada 1.1641.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 2.82% kepada $ 24.09 setong semasa penulisan berikutan dengan isyarat selanjutnya tentang perjanjian yang berpotensi antara A.S dan Arab Saudi. Menurut kepada perkembangan terkini, Setiausaha Tenaga A.S. Dan Brouillette telah memberi isyarat pada hari Isnin bahawa pakatan minyak A.S.-Saudi adalah salah satu pilihan untuk menstabilkan harga. Namun, beliau juga menegaskan: “Pada satu masa, kita akan terlibat dalam usaha diplomatik dalam lorong ini, tetapi tiada keputusan akan ditentukan sekarang.” Sebaliknya, harga emas telah melambung sebanyak 1.99% kepada $ 1583.81 se troy auns pada masa penulisan selepas Rizab Persekutuan A.S. mengumumkan langkah selanjutnya yang mengekalkan kos pinjaman pada tahap yang rendah dan memberi rangsangan kepada logam kuning tersebut.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Mar) | 48.0 | 39.6 | – |
| 17:30 | GBP – Composite PMI | 53.0 | 45.1 | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing PMI | 51.7 | 45.0 | – |
| 17:30 | GBP – Services PMI | 53.2 | 45.0 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Feb) | 764K | 750K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily:Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 102.95. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 101.65.
Tahap rintangan: 102.95, 103.70
Tahap sokongan: 101.65, 99.70

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 1.1695.MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1695, 1.1835
Tahap sokongan: 1.1455, 1.1300

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.0805. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0805, 1.0895
Tahap sokongan: 1.0730, 1.0650

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 110.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 111.40, 112.45
Tahap sokongan: 110.05, 108.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.5945. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.5945, 0.6140
Tahap sokongan: 0.5725, 0.5540

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.5635. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.5840.
Tahap rintangan: 0.5840, 0.6045
Tahap sokongan: 0.5635, 0.5455

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.4465. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.4465, 1.4730
Tahap sokongan: 1.4070, 1.3745

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9775. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9885, 0.9950
Tahap sokongan: 0.9775, 0.9715

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 4.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 24.40, 27.70
Tahap sokongan: 22.05, 20.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1553.45. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1583.50.
Tahap rintangan: 1538.50, 1603.05
Tahap sokongan: 1553.45, 1533.45