25 Mac 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Paun sterling melonjak walaupun dengan data yang bercampuran.
Mata wang paun sterling telah melonjak berbanding dengan dolar dan mata wang yang lain pada sesi Asia lewat susulan dengan pasaran mengabaikan data negatif. Menurut kepada Markit Economics, aktiviti perkhidmatan di UK telah menyusut kepada 35.7, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 45. Namun, aktiviti pembuatan di UK telah melebihi jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 48, lebih tinggi daripada ramalan sebanyak 45. Walau bagaimanapun, sentimen secara keseluruhan kekal yakin susulan dengan Rizab Persekutuan AS telah mengenakan pelonggaran kuantitatif tanpa had yang mengurangkan keyakinan terhadap dolar AS dan meningkatkan permintaan dalam paun sterling. Pada masa yang sama, pasaran juga optimistik terhadap keputusan sekatan baru-baru ini di UK di mana mata wang tersebut sebelum ini telah dihancurkan oleh kebimbangan para pelabur terhadap kekurangan dalam komitmen dari UK mengenai cara untuk melindungi negara UK daripada penyebaran COVID- 19. Pada masa penulisan, GBP / USD telah melonjak sebanyak 0.44% kepada 1.1809 manakala indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.52% kepada 101.64.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 1.63% kepada $24.71 setong semasa penulisan di tengah-tengah peningkatan dalam harapan untuk rangsangan A.S. Senat A.S. kelihatan hampir untuk mencapai persetujuan mengenai satu pakej rangsangan besar pada hari Selasa. Walaupun perbincangan tersebut akan diteruskan pada hari Rabu, berita tersebut telah memberikan rangsangan untuk komoditi ini. Seterusnya, harga emas juga melanjutkan keuntungannya dan melambung sebanyak 0.05% kepada $ 1617.97 se troy auns berikutan dengan dolar yang semakin lemah dan langkah Fed yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti pembelian bon dan sekuriti yang tidak terhad juga menambah rangsangan selanjutnya bagi emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | GBP – CPI (YoY)(Feb) | 1.8% | 1.7% | – |
| 17:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index (Mar) | 96.0 | 87.7 | – |
| 20:30 | USD – Core Durable Goods Orders | 0.8% | -0.4% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 1.954M | 2.900M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily:Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 101.40. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 102.95, 103.65
Tahap sokongan: 101.40, 100.40

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1805. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1805, 1.1875
Tahap sokongan: 1.1705, 1.1595

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.0810. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0810, 1.0895
Tahap sokongan: 1.0730, 1.0650

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 111.20. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 111.20, 112.15
Tahap sokongan: 110.05, 108.60

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.5985. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ie memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.5985, 0.6105
Tahap sokongan: 0.5865, 0.5715

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.5845. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.5845, 0.6045
Tahap sokongan: 0.5635, 0.5455

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.4470. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.4225.
Tahap rintangan: 1.4470, 1.4670
Tahap sokongan: 1.4225, 1.4000

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9830. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9830, 0.9885
Tahap sokongan: 0.9715, 0.9625

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 25.05. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 25.05, 27.70
Tahap sokongan: 22.05, 20.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1606.85. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1635.25, 1657.25
Tahap sokongan: 1606.85, 1586.25