27 Mac 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam selepas data suram dibebaskan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama tidak berjaya melanjutkan trend menaik sebelumnya, memecah rekod 4 hari didagang dengan lebih rendah berturut-turut berikutan peningkatan yang mendadak dalam jumlah tuntutan pengangguran di negara AS. Menurut Jabatan Buruh, data US Initial Jobless Claims dibebaskan pada 3,283K, tersasar ramalan ahli ekonomi pada 1,650k sambil menunjukkan pandemik Covid-19 telah merosot pertumbuhan ekonomi AS dengan serius. Sejak virus mula merebak ke negeri-negeri AS, virus pandemik telah membawa impak kepada ekonomi Amerika Syarikat terutama pasaran buruh AS, menyebabkan perniaga dan syarikat di AS dihendaki memecatkan pekerja-perkerja pada masa ini. Peningkatan dalam tuntutan manfaat pengangguran dijangka meningkat dengan lebih tinggi pada minggu-minggu yang akan datang kerana penyebaran coronavirus masih merangkumi seluruh AS, mendorong kadar pengangguran meningkat dalam kadar yang cepat. Semasa sesi dagangan awal Asia, indeks dolar turun 1.57% ke 99.50. Sebaliknya, pasangan GBP/USD dipetik turun 0.32% ke 1.2160 selepas mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 10 hari di tengah-tengah BoE memutuskan untuk mengekalkan kadar tunainya pada 0.1% seperti yang diramalkan. Selain itu, ahli lembaga BoE juga sebulat suara mengundi untuk mengekalkan program QE pada £645 bilion selepas menyuntikkan £200 juta minggu lalu. Walau bagaimanapun, BoE bersedia untuk terus melonggarkan dasar monetari mereka jika pelan rangsangan diperlukan untuk menyokong ekonomi daripada wabak virus.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.05% ke $23.00 setong selepas Iran bercadang untuk meningkatkan kapasiti medan minyaknya di West Karoun semasa tempoh penindasan ini. Dengan melaksanakan strategi ini, ia membolehkan Iran untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi walaupun dalam persekitaran harga minyak yang rendah. Di samping itu, harga emas turun sebanyak 0.02% ke $1630.00 satu troy auns disebabkan oleh peningkatan dalam selera pasaran terhadap risiko.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Time | Nation & Data | Previous | Forecast | Actual |
| 20:30 | USD – Core PCE Price Index (MoM) | 0.1% | 0.2% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Mar) | 95.9 | 90.0 | – |
| 01:00
(28hb) |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 664 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 99.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 101.20, 102.90
Tahap sokongan: 99.35, 97.60

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2230. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2115.
Tahap rintangan: 1.2230, 1.2390
Tahap sokongan: 1.2115, 1.1975

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.1040. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1120.
Tahap rintangan: 1.1120, 1.1200
Tahap sokongan: 1.1040, 1.0970

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 109.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 109.25.
Tahap rintangan: 110.10, 111.35
Tahap sokongan: 109.25, 108.75

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6035. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6035, 0.6350
Tahap sokongan: 0.5720, 0.5375

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 0.5865. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6075.
Tahap rintangan: 0.6075, 0.6250
Tahap sokongan: 0.5865, 0.5620

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.4175. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3990.
Tahap rintangan: 1.4175, 1.4335
Tahap sokongan: 1.3990, 1.3805

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 0.9625. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9580.
Tahap rintangan: 0.9625, 0.9680
Tahap sokongan: 0.9580, 0.9520

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 23.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 25.00, 27.65
Tahap sokongan: 23.05, 21.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1634.90. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, ia dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih lanjut sebelum memasuki ke pasaran ini.
Tahap rintangan: 1634.90, 1664.70
Tahap sokongan: 1602.55, 1579.00