83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

30 Mac 2020                        Analisis Sesi Pagi

 

Yen meningkat sementara pelabur menunggu pelan rangsangan.  

Antara majoriti pasaran mata wang, Yen Jepun melonjak dengan ketara dan mendorong pasangan USD/JPY menurun ke tahap terendah dalam tempoh 10 hari selepas perdana menteri Jepun Shinzo Abe menyatakan bahawa ia akan melancarkan pelan rangsangan yang tidak pernah ada dalam jangka pendek yang diharapkan dapat menyokong ekonomi daripada kesan negatif virus Korona. Secara terperinci, pakej rangsangan itu termasuk pembayaran tunai kepada isi rumah dan perniaga kecil yang dimana akan melebihi pelan rangsangan yang dilaksanakan semasa krisis Lehman. Selain itu, perdana menteri Jepun menambah dan menyatakan bahawa Jepun kini berada di peringkat kritikal dalam pertempuran jangka panjang melawan coronavirus seperti negara lain, didedahkan dalam sidang akhbar pada Sabtu lalu. Sehingga kini, jumlah kes jangkitan koronavirus di Jepun telah meningkat ke 1,693 manakala kadar kematian kekal pada 52 kes. Semasa sesi dagangan Asia, pasangan USD/JPY turun 0.22% ke 107.65. Sebaliknya, pasangan USD/CAD meningkat 0.68% ke 1.4070 berikutan dengan pemotongan kadar yang tidak dijangka daripada Bank of Canada pada Jumaat lepas. Sebelum keputusan penurunan kadar, Kanada telah gagal untuk mengelak penguncupan yang disebabkan oleh pandemik, dan ia telah menyebabkan kejatuhan serius terhadap ekonomi Kanada. Oleh itu, penggubal dasar monetari Kanada sebulat suara mengundi untuk mengurangkan kadar tunai mereka sebanyak 50 mata asas daripada 0.75% ke 0.25%, dengan harapan untuk menyokong sistem kewangan dan ekonomi.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 7.01% ke $20.05 setong di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap wabak virus korona dan lebihan bekalan dari Arab Saudi dan Rusia. Walaupun pentadbiran Trump telah menekan Arab Saudi untuk berkompromi dengan Rusia, namun Arab Saudi masih meningkatkan pengeluaran minyak supaya dapat mencapai sasarannya. Di samping itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1,630.50 satu troy auns di tengah-tengah kenaikan dalam penghindaran risiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
22:00 USD – Pending Home Sales (MoM)(Feb) 5.2% -1.0%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu di 99.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 97.60.

 

Tahap rintangan: 99.35, 101.20

Tahap sokongan: 97.60, 95.95

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2390. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2525, 1.2605

Tahap sokongan: 1.2390, 1.2230

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1120. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1200.

 

Tahap rintangan: 1.1200, 1.1295

Tahap sokongan: 1.1120, 1.1040

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 107.65. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.75, 109.25

Tahap sokongan: 107.65, 106.60

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 0.6035. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6350.

 

Tahap rintangan: 0.6350, 0.6720

Tahap sokongan: 0.6035, 0.5720

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu di 0.5865. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6075.

 

Tahap rintangan: 0.6075, 0.6250

Tahap sokongan: 0.5865, 0.5620

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan di 1.3990. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.4175.

 

Tahap rintangan: 1.4175, 1.4335

Tahap sokongan: 1.3990, 1.3805

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedanng menguji tahap sokongan di 0.9520. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 0.9520.

 

Tahap rintangan: 0.9580, 0.9625

Tahap sokongan: 0.9520, 0.9490

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 21.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 19.10.

 

Tahap rintangan: 21.50, 23.10

Tahap sokongan: 19.10, 16.60

 

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada garisan MA 50 (Biru). MACD yang menunjukkan isyarata momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1637.05.

 

Tahap rintangan: 1637.05, 1664.70

Tahap sokongan: 1598.50, 1579.00