83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

6 April 2020                         Analisis Mingguan

Laporan Mingguan GCMAsia: April 6 – 11

Reviu Pasaran (Forex): Mac 30 – April 4

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah meningkat pada minggu yang lalu susulan dengan penyusutan sentimen selera risiko yang akibat daripada wabak koronavirus dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS, yang selanjutnya menutup harganya pada 110.66 pada hari Jumaat yang lalu. Namun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya selepas data-data pekerjaan yang suram dari rantau A.S. dibebaskan pada minggu yang lalu.

 

Pada minggu yang lepas, kebanyakan data-data pekerjaan telah memberikan bacaan yang amat negatif, walaupun beberapa keputusan adalah lebih baik daripada jangkaan ekonomi. Wabak koronavirus telah membawa kesan negatif ke atas perkembangan ekonomi di A.S. dengan ketara sementara berjuta-juta rakyat Amerika dijangka untuk kehilangan pekerjaan mereka susulan dengan krisis pandemik tersebut. Menurut kepada data pekerjaan baru-baru ini, A.S. Initial Jobless Claims telah melonjak dari bacaan terdahulu sebanyak 3,283K ke bacaan sebanyak 6,648K, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran iaitu 3,500K. Sementara itu, pekerjaan dalam sektor Swasta A.S. telah menyusut sebanyak 27,000 untuk bulan yang lepas, menurut kepada Automatic Data Processing (ADP). Penurunan data ADP tersebut adalah kali pertama sejak September 2017. Selain itu, A.S. Nonfarm Payrolls telah menyusut dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak 275K ke bacaan sebanyak -701K manakala kadar pengangguran A.S. telah meningkat dari bacaan sebanyak 3.5% ke 4.4%. Seterusnya, adalah wajar untuk menegaskan bahawa laporan ADP dan Nonfarm Payrolls pada bulan Mac tidak semestinya mencerminkan senario yang paling buruk dalam pasaran pekerjaan susulan dengan laporan tersebut hanya dikiro sebelum kerajaan A.S. melaksanakan langkah-langkah jarak sosial. Oleh itu, kemerosotan ekonomi di A.S berkemungkinan untuk makin bertambah buruk. Namun, Dolar AS telah mengehadkan kerugiannya selepas beberapa data-data ekonomi yang positif dari rantau A.S. dibebaskan. Menurut kepada National Association of Realtors, A.S. Pending Home Sales untuk bulan yang lepas telah memberi bacaan sebanyak 2.4%, lebih tinggi daripada ramalan iaitu -1.0%. Selain itu, A.S. ISM Manufacturing Purchasing Manager Index (PMI) dan ISM Non-Manufacturing Purchasing Managers Index (PMI) adalah kedua-duanya lebih baik daripada jangkaan pasaran, yang selanjutnya meningkatkan beberapa keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S.

 

Mengenai wabak koronavirus, kes-kes global wabak koronavirus telah menembusi satu juta manakala lebih daripada 53,000 kematian yang akibat daripada wabak koronavirus susulan dengan angka kematian yang terus meningkat di A.S. dan Eropah. Menurut kepada CNBC, kematian yang akibat daripada wabak koronavirus di Itali telah mencapai 15,887 orang, diikuti oleh Sepanyol dengan 12,641 kematian. Sementara itu, jumlah jangkitan koroanvirus dari A.S. telah meningkat ke 336,673 orang manakala leibh daripada 9,500 orang telah meninggal dunia akibat virust tersebut. Negatif sentimen tersebut telah mengurangkan sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya meningkatkan permintaan pasaran ke atas pasangan aset selamat seperti Dolar AS. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan yang berkaitan dengan wabak koronavirus dan juga data-data ekonomi dari rantau A.S. untuk menjangkakan pergerakan dalam indeks tersebut.

 

USD/JPY

Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih tinggi pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 108.70. Momentum bullish keselurahan untuk pasangan tersebut kebanyakannya didorong oleh peningkatan dalam Dolar AS. Selain itu, Yen Jepun telah mencatat kerugiannya selepas kerajaan Jepun akan mengumumkan keadaan kecemasan pada 7hb April, dan langkah-langkah kuarantin mungkin akan dilaksanakan pada 8hb April untuk mengurangkan penyebaran dalam wabak koronavirus. Para pelabur khuatir bahawa dasar-dasar tersebut akan menjejaskan perkembangan ekonomi di Jepun, yang selanjutnya memberikan beberapa tekanan bearish ke atas Yen Jepun. Namun, pada masa kini para pelabur akan memberi pemantauan ke atas pakej rangsangan ekonomi Jepun yang akan diumumkan tidak lama lagi untuk mengukur pergerakan pasangan tersebut dalam jangka pendek.

 

EUR/USD

Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.0808. Pasangan tersebut menerima tekanan bearish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh kekuatan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam A.S. Dolar. Di samping itu, prospek negatif terhadap wabak koronavirus di rantau Eropah telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi dari rantau Eropah. Selain itu, Perdana Menteri Perancis Édouard Philippe mengumumkan pada minggu lepas bahawa akan melanjutkan tempoh “lockdown” di Perancis untuk mengurangkan penyebaran kes-kes wabak koronavirus. Para pelabur membuat spekulasi bahawa dasar-dasar “lockdown” akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi di rantau Eropah, yang selanjutnya mencetuskan penjualan yang ketara ke atas pasangan tersebut. Namun, pada masa kini para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai rangsangan ekonomi dari Bank Pusat Eropah untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

 

GBP/USD

Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2216. Paun Sterling telah mencatat kerugiannya selepas sektor perhidmatan dan pembuatan di UK pada akhir Mac telah merosot berikutan dengan wbak koronavirus. Menurut kepada Markit Economics, UK Composite Purchasing Managers’ Indeks (PMI) telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 53.0 ke bacaan sebanyak 36.6, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu 36.2 manakala UK Service Purchasing Mnagers Indeks (PMI) telah menyusut dari bacaan sebanyak 53.2 ke bacaan sebanyak 34.5, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu 34.8. Selain itu, wabak koronavirus di dunia telah mengurangkan permintaan pasaran ke atas aset berisiko seperti Paun Sterling, yang selanjutnya memberikan tekanan bearish yang lanjut ke atas pasangan tersebut. Tambahan pula, Paun Sterling telah melanjutkan kerugiannya selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan koronavirus pada hari Ahad yang lalu, menurut kepada Reuters.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): Mac 30 – April 4

GOLD

Harga emas telah  mencatat keuntungannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1616.55 se troy auns. Harga emas telah mencatat keuntungannya susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko dalam pasaran FX selepas data-data pekerjaan dari rantau A.S. dibebaskan. Pada minggu yang lalu, A.S. telah kehilangan sebanyak 701,000 pekerjaan pada bulan Mac susulan dengan wabak koronavirus telah meningkatkan kadar pengangguran yang paling banyak dalam sebulan sejak tahun 1975, menurut kepada Pernyataan Labor Department A.S. Selain itu, kes-kes koronavirus yang terus meningkat telah mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka dari aset berisiko ke arah aset selamat seperti komoditi emas. Walau bagaimanapun, para pelabur perlu memberi fokus pada perkembangan mengenai wabak koronavirus, dasar fiskal dan dasar monetari dari Bank Pusat Global dan juga data-data ekonomi selanjutnya untuk menerima isyarat dagangan bagi komoditi tersebut.

 

Crude Oil

Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi  sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $28.50 setong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas Presiden A.S. Donald Trump menegaskan bahawa beliau menjangkakan pengeluar minyak mentah dunia akan meneruskan perbincangan berkenaan dengan pemotongan pengeluaran minyak mentah pada masa depan. Menurut kepada Twitter Donald Trump pada hari Khamis yang lalu, beliau menegaskan bahawa beliau telah menguruskan perjanjian untuk Arab Saudi, Rusia dan pengeluar minyak lain untuk mengurangkan jumlah  minyak mentah di antara 10 juta hingga 15 juta tong se hari. Harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 25% pada hari Khamis yang lalu selepas pernyataan tersebut. Kemudian, pasaran minyak mentah melanjutkan keuntungannya sebanyak 12% pada hari Jumaat yang lepas selepas ahli OPEC+ menegaskan bahawa penurunan dalam pengeluaran minyak mentah sebnayak 10 juta se tong setiap hari adalah “matlamat yang realistik”. Selain itu, Menurut kepada Reutuers, Presiden Rusia Vladimir Putin telah bertemu dengan eksekutif industri minyak mentah Rusia pada minggu lepas yang lalu untuk membincangkan situasi di pasaran tenaga dunia. Walau bagaimanapun, harga minyak mentah telah menyusut pada hari ini selepas OPEC+ menangguhan mesyuarat di antara Saudi Arabia dan Russia yang akan dijalankan pada hari ini ke hari Khamis. Ketegangan di antara kedua-dua pengeluar telah mendorong penangguhan selama tiga hari, sentimen tersebut telah mencetuskan beberapa kebimgangan para pelabur bahawa perjanjian pemotongan minyak mentah mungkin akan gagal untuk mencapaikan, yang selanjutnya memberikan beberapa tekanan bearish ke atas komoditi minyak mentah. Walau bagaimanapun, para pelabur perlu memantau perkembangan mengenai mesyuarat OPEC+ dan Rusia yang akan dijalankan pada hari Khamis untuk menerima isyarat dagangan yang lanjutnya.

 

Tinjauan Pasaran: April 6 – 11

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkemgan mengenai wabak koronavirus, dasar-dasar rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan, dan juga data ekonomi yang penting seperti A.S. Initial Jobless Claims dan juga A.S. PPI untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA serta perkembangan dalam mesyuarat di antara OPEC+ dan Rusia untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 6 – 11

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Isnin – 6hb April 2020
16:30 GBP Construction PMI (Mar) 52.6 44.0
Selasa – 7hb April 2020
12:30 AUD RBA Interest Rate Decision (Apr) 0.25% 0.25%
12:30 AUD RBA Rate Statement
22:00 USD JOLTs Job Openings (Feb) 6.476M 6.963M
22:00 CAD Ivey PMI (Mar) 54.1
Rabu – 8hb April 2020
22:30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 13.834M
Khamis –9hb April 2020
02:00 USD FOMC Meeting Minutes
14:00 GBP GDP (YoY) 1.1% 0.6%
14:00 GBP Manufacturing Production (MoM) (Feb) 0.2% 0.2%
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
20:30 USD Initial Jobless Claims 5,000K 6,648K
20:30 USD PPI (MoM) (Mar) -0.3% -0.6%
20:30 CAD Employment Change (Mar) -350.0K 30.3K
22:00 USD Michigan Consumer Sentiment (Apr) 75.0 89.1
Jumaat– 10hb April 2020
20:30 USD Core CPI (MoM) (Mar) 0.1% 0.2%
01:00

(11hb)

CrudeOIL U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 562