20 April 2020 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: April 20 – 25
Reviu Pasaran (Forex): April 13 – 18
US Dollar
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah meningkat pada minggu yang lalu susulan dengan penyusutan sentimen selera risiko yang akibat daripada wabak koronavirus dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selamat seperti Dolar AS, sambil menutup harganya pada 110.6 pada hari Jumaat yang lalu. Namun, Dolar AS telah mengehadkan keuntungannya selepas data-data ekonomi yang suram dari rantau A.S. dibebaskan pada minggu yang lalu.
Pada minggu yang lepas, kebanyakan data-data ekonomi dari A.S. telah memberikan bacaan yang amat negatif, walaupun beberapa keputusan adalah lebih baik daripada jangkaan ekonomi. Menurut kepada Census Bureua, A.S Retail Sales untuk bulan yang lepas telah menyusut dengan mendadak dari bacaan terdahulu sebanyak -0.4% ke bacaan sebanyak -8.7%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran iaitu -8.0%. Selain itu, A.S. Philadelphia Fed Menufacturing indeks telah menurun dari bacaan terdahulu sebanyak -12.7 ke bacaan sebanyak -56.6, tersasar dengan jangkaan ekonomis iaitu -30.0, dilaporkan oleh Federal Reserve Bank of Philadelphia. Sementara itu, A.S. Initial Jobless Claims telah memberi bacaan sebanyak 5,245K, yang juga lebih buruk daripada jangkaan ekonomis. Data-data yang suram tersebut telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi di A.S., yang selanjutnya mengurangkan permintaan pasaran ke atas Dolar AS. Walau bagaimanapun, indeks dolar telah mengehadkan kerugiannya selepas data A.S. Building Permits yang positif dibebaskan. Menurut kepada Census Bureau, A.S Building Permits telah memberi bacaan sebanyak 1.353M, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu 1.300M.
Di bahagian epidemik koroanvirus, jumlah kematian A.S yang akibat daripada wabak koroanvirus telah meningkat ke lebih daripada 40,000 orang pada hari Ahad yang lalu, yang tertinggi di dunia dan hampir dua kali ganda jumlah kematian berbanding dengan Itali, dilaporkan oleh Reutuers. Pada masa kini, Amerika Syarikat telah mempunyai jumlah kes koroanvirus yang paling banyak disahkan di dunia, dengan lebih daripada 750,000 kes jangkitan. Kes baru pada Sabtu yang lalu meningkat hampir 29,000, kenaikan terendah dalam tiga hari. Walau bagaimanapun, Presiden A.S. Donald Trump menegaskan bahawa beliau akan berbincang dengan gabenor dari semua 50 negeri A.S. untuk membuka beberapa ekonomi sektor di A.S. pada 1hb Mei 2020. Beliau juga mengulangi bahawa kematian harian di A.S. yang akibat daripada koronavirus telah menurun dengan ketara. Di samping itu, Rizab Persekutuan A.S. juga telah melancarkan program kemudahan pembiayaan kertas komersial bagi membantu beberapa syarikat-syarikat untuk menangani masalah kecairan yang didorong oleh kesan ekonomi negatif. Namun, pada masa kini para pelabur masih perlu memantau perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga keputusan untuk membuka beberapa sektor perniagaan bagi menerima isyarat dagangang yang lanjutnya.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY telah didagang dengan lebih rendah pada minggu yang lalu sambil menamatkan sesi dagangan hari Jumaat lepas pada harga 107.52. Momentum bearish keselurahan untuk pasangan tersebut kebanyakannya didorong oleh peningkatan dalam sentimen selera risiko dalam pasaran FX, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset selemat seperti Yen Jepun. Kes-kes coronavirus yang disahkan secara global kini telah melebihi 2 juta orang. Walau bagaimanapun, peningkatan dalam kes-kes koronavirus telah semakin perlahan setiap minggu. Di samping itu, beberapa negara seperti Jerman telah melepaskan rancangan untuk memulihkan ekonomi. Menurut kepada Reutuers, sebagai contoh, salun pendandan rambut dari Jerman akan dibenarkan untuk membuka pada 4hb Mei 2020 sekiranya mereka mengambil langkah khas untuk menjamin kebersihan pelanggan. Langkah-langkah untuk “membuka semula ekonomi” akan memberikan keyakinan pasaran terhadap perkembangan ekonomi dunia, yang selanjutnya akan membatasi daya tarik aset selamat seperti Yen Jepun.
EUR/USD
Pasangan EUR/USD telah mencatat kerugiannya pada minggu yang lalu sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.0872. Pasangan tersebut menerima tekanan bearish pada minggu lepas kebanyakan didorong oleh kekuatan dalam mata wang saingan, terutamanya dalam A.S. Dolar. Selain itu, pasangan euro menerima momentum bearish susulan dengan kekurangan impak dasar-dasar monetari dan Fiskal dari pembuat dasar Eropah untuk menangani impak negatif yang akibat daripada koronavirus. Selain itu, pasangan Euro telah menerima penjualan yang ketara selepas data yang suram dari rantau Eropah dibebaskan. Menurut kepada Eurostate, Eurozone Consumer Price Indeks (CPI) untuk bulan yang lepas telah menyusut dari bacaan terdahulu sebanyak 1.2% ke 0.7%.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD telah didagang dengan lebih rendah sambil menutup pasaran pada hari Jumaat lepas pada harga 1.2497. Paun Sterling telah menerima momentum bearish selepas kerajaan UK menegaskan bahawa beliau akan memperpanjang dasar “lock-down” sekurang-kurangnya tiga minggu lagi di UK bagi mengurangkan penyebaran koronavirus. Menurut kepada Reuters, Setiausaha Luar Negeri Dominic Raab menegaskan bahawa UK tidak akan mengambil risiko proses pelonggaran “lock-down” untuk membuka ekonomi di UK. Di bahagian Brexit, beberapa analisis menjangkakan UK akan menangguhkan tempoh akhir transisi Brexit yang ditetapkan
pada akhir bulan Disember susulan dengan wabak koronavirus. Sekiranya penangguhan tersebut berlaku, ia akan memberikan prospek positif untuk Paun Sterling pada masa depan.
Reviu Pasaran (Komoditi): April 13 – 18
GOLD
Harga emas telah mencatat kerugiannya sementara menutup sesi minggu lepas dengan harga $1674.35 se troy auns. Harga emas telah menyusut pada minggu yang lalu selepas A.S. Presiden Donald Trump mengumumkan garis panduan untuk membuka kembali ekonomi negaranya pada minggu yang lalu. Selain itu, Gilead Sciences juga melaporkan bahawa keberkesanan ubat Remdesivir yang sangat effisien untuk merawat pesakit koronavirus. Menurut kepada Stat, satu laman web berita perubatan, melaporkan bahawa sebanyak 113 pesakit dengan kes koronavirus yang teruk telah dirawat dengan suntikan Remdesivir setiap hari, kebanyakan telah dikeluarkan dari hospital dalam masa kurang satu seminggu. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur masih perlu meneliti keputusan “membuka kembali ekonomi” dari pembuat kebijakan global serta pengembangan ubat bagi koronavirus untuk menjangkakan pergerakan dalam komoditi aset selamat terebut.
Crude Oil
Harga minyak didagangkan dengan lebih tinggi sementara menutup sesi pasaran minggu lepas dengan $18.17 se tong. Harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya pada minggu yang lalu susulan dengan penyusutan permintaan pasaran ke atas komoditi minyak mentah susulan dengan wabak koronavirus. Menurut kepada Reuters, Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) dan juga International Energy Agency menegaskan bahawa penggunaan minyak mentah dari pasaran kekal lemah untuk minggu yang lalu. Namun, OPEC dan sekutunya seperti Rusia telah mencapai persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 9.7 juta se tong untuk menyelesaikan masalah kelebihan bekalan minyak mentah berikutan dengan dasar-dasar “lock-down” yang dilaksanakan untuk mengurangkan penyebaran wabak koronavirus. Selain itu, para pegawai Arab Saudi telah meramalkan bahawa jumlah pemotongan bekalan minyak mentah global dari pengeluar minyak akan mengurangkan hampir 20 juta se tong setiap hari. Beliau juga menjangkakan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada akan memotong minyak mentah dengan sukarela. Namun, dasar-dasar untuk pemotongan minyak mentah nampaknya tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah kekurangan permintaan di pasaran minyak mentah susulan dengan para penganalisis meramalkan bahawa permintaan minyak mentah dijangkakan akan menurun sebanyak 30% di seluruh dunia. Dari sesi data inventory, menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah A.S. telah meningkat dengan ketara dari bacaan sebelumnya sebanyak 15.177M ke bacaan sebanyak 19.248M, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 11.676M. Walau bagaimanapun, para pelabur masih perlu memantau perkembangan ekonomi dunia dan juga wabak koronavirus untuk menerima isyarat dagangang yang lanjutnya.
Tinjauan Pasaran: April 20 – 25
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkemgan mengenai wabak koronavirus, dasar-dasar rangsangan ekonomi yang akan dilaksanakan, dan juga data ekonomi yang penting seperti A.S. Initial Jobless Claims dan juga Core Durable Goods Orders dari A.S. untuk menjangkakan pergerakan dalam pasangan-pasangan tersebut.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 20 – 25
| Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
| Isnin – 20hb April 2020 | |||||
| N/A | |||||
| Selasa – 21hb April 2020 | |||||
| 09:30 | AUD | RBA Meeting Minutes | – | – | – |
| 14:00 | GBP | Average Earnings Index +Bonus (Feb) | – | 3.0% | 3.1% |
| 14:00 | GBP | Claimant Count Change (Mar) | – | 175.0K | 17.3K |
| 17:00 | EUR | German ZEW Economic Sentiment (Apr) | – | -41.0 | -49.5 |
| 20:30 | CAD | Core Retail Sales (MoM) (Feb) | – | 0.3% | -0.1% |
| 22:00 | USD | Existing Home Sales (Mar) | – | 5.30M | 5.77M |
| Rabu – 22hb April 2020 | |||||
| 14:00 | GBP | CPI (YoY) (Mar) | – | 1.5% | 1.7% |
| 20:30 | CAD | Core CPI (MoM) (Mar) | – | – | 0.7% |
| 22:30 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | 11.676M | 19.248M |
| Khamis – 23hb April 2020 | |||||
| 14:00 | GBP | Retail Sales (MoM) (Mar) | – | -3.8% | -0.3% |
| 15:30 | EUR | German Manufacturing PMI (Apr) | – | 39.0 | 45.4 |
| 16:30 | GBP | Composite PMI | – | – | 36.0 |
| 16:30 | GBP | Manufacturing PMI | – | – | 47.8 |
| 16:30 | GBP | Services PMI | – | – | 34.5 |
| 20:30 | USD | Initial Jobless Claims | – | – | 5,245K |
| 22:00 | USD | New Home Sales (Mar) | – | 645K | 765K |
| Jumaat– 24hb April 2020 | |||||
| 14:00 | GBP | Retail Sales (MoM) (Mar) | – | -4.0% | -0.3% |
| 16:00 | EUR | German Ifo Business Climate Index (Apr) | – | 80.0 | 86.1 |
| 20:30 | USD | Core Durable Goods Orders (MoM) (Mar) | – | -6.0% | -0.6% |
| 22:00 | USD | Michigan Consumer Sentiment (Apr) | – | 68.0 | 89.1 |
| 01:00
(25hb) |
CrudeOIL | U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | – | – | 438 |