83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 April 2020                       Analisis Mingguan

 

Laporan Mingguan GCMAsia: April 27 – Mei 1

Reviu Pasaran (Forex): April 20 – 24

US Dollar

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah menyerahkan semula sesetengah keuntungan dan berundur semasa menutup sesi perdagangan Jumaat lalu pada harga 100.21 di tengah-tengah sentimen yang bercampuran daripada data-data yang mengecewakan dan koronavirus yang menyumbang kepada kejatuhan dolar AS .

 

Kebanyakan sentimen dalam dolar AS adalah negatif disebabkan oleh data ekonomi yang lemah. Dari perspektif data, data Markit Manufacturing PMI A.S. telah jatuh ke 36.9 daripada 48.5. Data Markit Service PMI juga merosot ke 27.0, lebih rendah daripada bacaan sebelumnya sebanyak 40.9. Selain itu, harapan pasaran untuk data pekerjaan yang positif minggu lalu juga hilang selepas tuntutan pengangguran awal pada minggu yang berakhir 17 April telah meningkat sebanyak 4.427 juta lagi, lebih lemah daripada jangkaan pasaran dengan hanya 4.2 juta. Penjualan rumah juga merosot sebanyak 0.627 juta yang lebih rendah daripada ramalan ekonomi 0.645 sementara data untuk pesanan barang tahan lama telah jatuh sebanyak 14.4% pada bulan Februari. Tambahan pula, peningkatan dalam kes koronavirus juga memberi tekanan kepada dolar. Jumlah kes di A.S. telah meningkat dari 709.201 kepada 963,472 yang mengejutkan, hampir mencapai 1 juta dalam seminggu. Jumlah kematian juga meningkat kepada 54,357 orang. Namun, dolar A.S telah mendapat  sedikit sokongan setelah A.S. telah meluluskan rangsangan baru untuk membantu keluarga dan perniagaan. Menurut kepada laporan baru-baru ini, Kongres A.S. telah meluluskan pakej rangsangan baru yang bernilai $ 483 bilion untuk menyokong perniagaan-perniagaan yang kecil di ambang kemuflisan dan juga kepada hospital. Pakej ini juga akan digabungkan ke atas pakej bernilai $ 2.2 trilion yang telah diluluskan pada akhir bulan Mac sebelum ini.

 

Namun, oleh kerana koronavirus dijangka akan terus meningkat dan mengancam ekonomi AS dan global, para pelabur akan kekal prihatin dan fokus kepada sebarang perkembangan yang lanjut di AS dan juga data-data ekonomi untuk menentukan keadaan ekonomi AS.

 

USD/JPY

Pasangan USD / JPY kekal stabil pada minggu lalu dan menurun sementara mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 107.46. Oleh kerana kelemahan dolar AS yang meluas, permintaan untuk mata wang yang selamat Yen Jepun tetap kukuh kerana para pelabur masih takut terhadap keadaan yang semakin teruk di AS dan terus berada dalam sentimen penghindaran risiko sementara menunggu isyarat arah yang lebih lanjut.

 

EUR/USD

Pasangan EUR / USD telah menyusut secara keseluruhan pada minggu lalu, tetapi memulihkan sebahagian daripada kerugian pada hari Jumaat sambil menutup sesi minggu lalu pada harga 1.0822. Tekanan penjualan untuk mata wang Euro pada minggu lalu kebanyakannya adalah disebabkan oleh data negatif dari EU. Data GfK Consumer Climate Jerman dan data IFO Business Climate Index  kedua-duanya telah jatuh ke paras terendah. Selain itu, para menteri EU juga gagal untuk mencapai persetujuan sekali lagi dalam memberikan pakej bantuan jangka panjang, justerunya ia telah memberikan tekanan yang lebih lanjut kepada pasangan ini.

 

GBP/USD

Pasangan GBP / USD juga lemah secara keseluruhan sepanjang minggu lalu sambil menutup pasaran pada 1.2364. Oleh kerana data yang mengecewakan di UK minggu lalu, mata wang paun sterling kebanyakannya telah dijual oleh pelabur. Aktiviti sektor perkhidmatan telah terhenti pada bulan April, dengan PMI jatuh dari 34.5 hingga 12.3. Aktiviti sektor pembuatan juga turun dari 47.8 ke 32.9. Selain itu, trend peningkatan kes koronavirus baru juga membebankan mata wang paun sterling di mana jumlah kes koronavirus di U.K kini berjumlah sebanyak 148,377.

 

Reviu Pasaran (Komoditi): April 20 – 24

GOLD

Harga emas kekal stabil dan didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan pada minggu lalu sambil menutup pasarannya dengan harga $1728.25 se troy auns. Oleh kerana risiko yang menyusut di pasaran ditambah dengan peningkatan risiko koronavirus di AS, permintaan untuk aset selamat emas tetap tinggi dan pasaran kekal mengalihkan aset mereka ke pasaran aset selamat, terutama dalam emas. Selain itu, India, salah satu pengguna emas terbesar di dunia dijangka akan membeli lebih banyak emas berikutan dengan Akshaya Tritiya 2020. Bank-bank pusat lain seperti Turki, Rusia, Mongolia juga telah menambahkan emas ke dalam simpanan mereka dan ia membantu dalam menaikkan harganya.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah stabil pada minggu lalu dan melantun dari paras terendah ketika menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $17.05setong susulan dengan berita positif seperti pengurangan dalam pengeluaran yang lebih mendalam. Selain itu, ketegangan baru antara AS dan Iran minggu lalu juga membantu komoditi tersebut dalam mendapat tawaran.

 

Pada awal minggu lalu, beberapa para pengeluar seperti Kuwait telah menyatakan bahawa mereka akan bergerak cepat untuk memotong pengeluaran untuk mengatasi penyusutan dalam permintaan global bagi bahan bakar yang disebabkan oleh pandemik koronavirus. Agensi berita negara Kuwait, KUNA juga menyatakan pada hari Khamis bahawa pengeluar akan mula memotong bekalan ke pasaran antarabangsa tanpa menunggu permulaan rasmi perjanjian OPEC +. Organisasi Negara Pengeksport Petroleum dan negara pengeluar minyak lain, sebuah kumpulan yang dikenal sebagai OPEC +, sebelumnya telah bersetuju untuk memotong pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari, sekitar 10% dari bekalan global. Ketegangan yang diperbaharui antara Iran dan A.S. juga telah membantu dalam pemulihan komoditi tersebut. Menurut laporan baru-baru ini, Presiden A.S. Donald Trump telah menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan Angkatan Laut A.S. untuk melepaskan tembakan ke atas sebarang kapal Iran yang mengganggunya di Teluk. Ketua Pengawal Revolusi Iran juga menyatakan bahawa Tehran juga akan memusnahkan kapal perang A.S. sekiranya keselamatannya terancam di Teluk.

 

Namun, oleh kerana koronavirus yang tetap menghancurkan permintaan bagi minyak mentah, potensi kenaikan tetap dihadkan dan para pelabur kini fokus pada perkembangan yang lebih lanjut dan tahap inventori untuk menentukan arah komoditi tersebut di masa depan.

 

Tinjauan Pasaran: April 27 – Mei 1

Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga data-data ekonomi yang penting seperti GDP A.S serta keputusan kadar faedah dari FED n untuk mendapat isyarat selanjutnya.

 

Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia. Di samping itu, para pelabur juga akan mula fokus kepada ketegangan antara AS dan Iran.

 

Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 27 – Mei 1

 

Masa Pasaran Acara Sebenar Ramalan Terdahulu
Selesa – 28 April 2020
11.00 JPY BoJ Monetary Policy Statement
11.00 JPY BoJ Outlook Report (YoY)
15.00 JPY BoJ Press Conference
22.00 USD CB Consumer Confidence (Apr) 88.0 120.0
Rabu –29 April 2020
06.45 NZD Employment Change (QoQ) (Q1) 0.3% 0.2%
09.30 AUD CPI (QoQ) (Q1) 0.2% 0.7%
20.30 USD GDP (QoQ) (Q1) -4.0% 2.1%
22.00 USD Pending Home Sales (MoM) (Mar) -10.0% 2.4%
22.30 CrudeOIL Crude Oil Inventories 15.150M 15.022M
Khamis – 30 April 2020
02.00 USD FOMC Statement
02.00 USD Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
10.00 USD FOMC Press Conference
09.00 CNY Manufacturing PMI (Apr) 51.0 52.0
15.55 EUR German Unemployment Change (Apr) 75K 1K
17.00 EUR CPI (YoY) (Apr) 0.1% 0.7%
19.45 EUR Deposit Facility Rate (Apr) -0.50% -0.50%
19.45 EUR ECB Marginal Lending Facility 0.25%
19.45 EUR ECB Monetary Policy Statement
19.45 EUR ECB Interest Rate Decision (Apr) 0.00%
20.30 USD Initial Jobless Claims 3500K 4427K
20.30 CAD GDP (MoM) (Feb) 0.1% 0.1%
20.30 EUR ECB Press Conference
Jumaat – 1 Mei 2020
16.30 GBP Industrial Production (YoY) (Mar) 32.8 32.9
22.00 USD CPI (YoY) (Mar) 36.7 49.1