83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

Dolar meningkat susulan kebimbangan perang perdagangan AS-Sino.

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah memperolehi permintaan semasa lewat sesi Asia berikutan dengan kebimbangan mengenai pertikaian A.S.-China akan dinyalakan semula oleh kerana koronavirus. Baru-baru ini, Presiden A.S. Donald Trump dan Setiausaha Negara Mike Pompeo telah menyalahkan wabak tersebut kepada China, di mana mereka percaya bahawa inilah tempat asal wabak koronavirus. Berikutan dengan perkembangan terbaru, Setiausaha Negara Mike Pompeo juga mendakwa terdapat “sejumlah besar bukti” bahawa virus itu muncul dari makmal di bandar Wuhan dalam China. Walaupun Mike Pompeo tidak memberikan bukti, komen tersebut telah menurunkan sentimen risiko di pasaran. Susulan dengan ketegangan mulai memuncak, pasaran telah dikuasai oleh perdagangan yang menghindari risiko di mana pasaran selamat seperti dolar dan yen telah menarik tawaran dari para pelabur. Pada masa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.04% kepada 99.45.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.80% kepada $ 21.83 setong pada masa penulisan di tengah-tengah prospek permintaan yang bertambah baik. Oleh kerana beberapa negeri A.S dan negara di Eropah serta Asia mulai melonggarkan sekatan koronavirus, prospek permintaan untuk bahan bakar telah  meningkat, justerunya ia meningkatkan sentimen komoditi buat masa ini. Sebaliknya, harga emas tetap stabil dan meningkat sebanyak 0.05% kepada $ 1700.72 per troy auns pada saat penulisan berikutan dengan kebimbangan terhadap perang perdagangan dan koronavirus yang berterusan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   JPY                                          Special Holiday

All Day                   CNY                                        Labor Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 EUR                                        EU Economic Forecasts

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Composite PMI (Apr) 36.0 12.9
16:30 GBP – Construction PMI (Apr) 39.3 44.0
16:30 GBP – Services PMI (Apr) 12.3 12.2
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Apr) 52.5 44.0
04:30

(6hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 10.000M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dalam satu saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 99.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 99.55, 100.15

Tahap sokongan: 98.85, 98.35

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2575. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2295.

 

Tahap rintangan: 1.2575, 1.2770

Tahap sokongan: 1.2295, 1.2045

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.0925. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.0875.

 

Tahap rintangan: 1.0925, 1.0960

Tahap sokongan: 1.0875, 1.0830

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 106.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 109.00, 110.20

Tahap sokongan: 106.50, 105.00

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6405. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6540.

 

Tahap rintangan: 0.6540, 0.6680

Tahap sokongan: 0.6405, 0.6235

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6070. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6070, 0.6130

Tahap sokongan: 0.6000, 0.5940

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.4155. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.4155, 1.4485

Tahap sokongan: 1.3850, 1.3655

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagnag dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9585. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9780.

 

Tahap rintangan: 0.9780, 0.9880

Tahap sokongan: 0.9585, 0.9495

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 20.65. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 24.30.

 

Tahap rintangan: 24.30, 28.50

Tahap sokongan: 20.65, 17.70

 

 


GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1697.40. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1710.00, 1718.50

Tahap sokongan: 1697.40, 1684.70