11 Mei 2020 Analisis Mingguan
Laporan Mingguan GCMAsia: Mei 11 – 15
Reviu Pasaran (Forex): May 4 – 8
US Dollar
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah jatuh sementara menutup sesi minggu lalu pada harga 99.71 berikutan dengan data-data yang mengecewakan. Selain itu, jangkaan terhadap pemotongan kadar yang negatif serta koronavirus di AS juga mengurangkan keyakinan yang lebih lanjut terhadap dolar AS.
Pada minggu lalu, data ekonomi di AS tidak memberikan banyak sokongan untuk dolar AS untuk naik. Data Factory Orders telah merosot dari -9.7% kepada -10.3% untuk bulan Mac. Data Trade Balance juga terbukti lemah dengan bacaan -44.40B berbanding dengan jangkaan pasaran sebnyak -44.00B dan sektor perkhidmatan di AS juga jatuh dengan bacaan 26.7 berbanding dengan jangkaan 27.0. Selain itu, data ISM Non-Manufacturing PMI juga menyusut dari 52.5 kepada 41.8. Data pekerjaan juga menguji ketahanan pasaran sepanjang minggu. ADP Nonfarm Employment telah memberi bacaan sebanyak -20,236K, tersasar daripada jangkaan pasaran sebanyak -20,050K sementara tuntutan pengangguran awal juga melonjak 3.169 juta lagi pada minggu yang berakhir pada 1 Mei. Walaupun dengan peningkatan dalam data NonFarm Payrolls dan juga Unemployment Rate pada hari Jumaat, data-data positif tersebut tidak dapat menggembirakan dolar AS. Berdasarkan dengan semua data-data tersebut, para pelabur telah mula meningkatkan jangkaan mereka terhadap Rizab Persekutuan akan memotong kadar faedahnya ke bawah sifar untuk pertama kalinya walaupun dengan Rizab Persekutuan A.S. telah menyatakan bahawa ia tidak melihat kadar negatif sebagai “sesuai” sebelum ini. Lebih-lebih lagi, peningkatan dalam kes koronavirus di AS juga menjejaskan keyakinan pasaran. Dalam AS, jumlah koronavirus telah meningkat sebanyak 189,444 kepada 1,318,504. Pada minggu sebelumnya, jumlah kes baru telah meningkat sebanyak 204,064.
Dengan koronavirus yang berterusan dan jangkaan kemelesetan ekonomi A.S yang lebih lanjut, kelebihan dolar A.S. adalah semakin tipis sementara para pelabur kekal memberi tumpuan kepada data ekonomi dan perkembangan koronavirus untuk mengukur sentimen yang lebih lanjut untuk dolar AS.
USD/JPY
Pasangan USD / JPY telah meningkat minggu lalu sementara mengakhiri sesi Jumaat lalu pada harga 106.63. Dari pandangan data ekonomi, perbelanjaan isi rumah di Jepun telah merosot sebanyak 4% pada bulan Mac sementara aktiviti sektor perkhidmatan di Jepun juga terhenti, dengan PMI disemak semula dari 22.8 kepada 21.5. Pada bulan Mac, PMI berada pada paras 33.8. Dengan kebanyakan statistik adalah cenderung ke arah negatif, mata wang Yen Jepun menghadapi tekanan penjualan sepanjang minggu lalu.
EUR/USD
Pasangan EUR / USD telah berjaya dalam melindungi kedudukannya secara keseluruhan minggu lalu, tetapi bergelut untuk mendapatkan momentum sepanjang minggu sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga 1.0838. Di zon Euro, kebanyakan data adalah cenderung ke negatif sekali lagi. Untuk Itali dan Sepanyol, data Manufacturing PMI berada pada laluan penurunan dan data Service PMI memberikan kejutan kepada pasaran. Di samping itu, penjualan runcit zon Euro juga merosot dengan kejatuhan sebanyak 11,20% sebelum penutupan bulan April, justerunya ia mengehadkan potensi kenaikan Euro.
GBP/USD
Pasangan GBP / USD telah meningkat sepanjang minggu lalu semasa menutup pasaran pada 1.2414. Dari segi data, data Service PMI untuk April telah meningkat kepada 13.4, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran pada 12.2 sementara data Construction PMI menjadi lemah dengan bacaan sebanyak 8.2 berbanding dengan ramalan pasaran pada 22.0. Namun, BoE yang memberikan sokongan yang sangat diperlukan untuk mata wang sterling. Walaupun dengan BoE memberikan prospek ekonomi yang suram, keputusannya untuk mengekalkan kadar faedah dengan tidak berubah telah mendorong pasangan ini.
Reviu Pasaran (Komoditi): Mei 4 – 8
GOLD
Harga emas kekal stabil secara keseluruhan dan didagang dengan lebih tinggi secara keseluruhan sepanjang minggu lalu sambil menutup pasarannya dengan harga $ 1706.47 se troy auns. Oleh kerana aktiviti ekonomi di AS yang semakin merosot dan jangkaan pemotongan kadar faedah negatif serta koronavirus yang berterusan, permintaan untuk aset selamat tetap berdaya tahan susulan dengan para pelabur kekal mengalihkan portfolio mereka ke pasaran aset yang selamat untuk penghindaran risiko.
Crude Oil
Harga minyak mentah melanjutkan kenaikannya sepanjang minggu lalu sementara menutup sesi Jumaat lalu dengan harga $24.62 setong berikutan dengan lantunan dalam permintaan yang berterusan serta pemotongan dalam pengeluaran terus memberi kesan positif terhadap komoditi ini. Lebih-lebih lagi, keputusan dalam kenaikan harga dari Arab Saudi juga memberi dorongan selanjut dalam peningkatan komoditi tersebut.
Pada minggu lalu, syarikat minyak negara Arab Saudi, Aramco telah mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan harga untuk meningkatkan potensi pemulihan komoditi tersebut. Menurut kepada Bloomberg, kenaikan harga akan ditetapkan kepada hampir semua gred minyak untuk bulan Jun. Pelan kenaikan harga datang selepas OPEC dan sekutunya bersiap sedia untuk memotong pengeluaran bulan ini bagi memerangi kejatuhan yang besar dalam permintaan minyak global akibat pandemik koronavirus. Dengan menaikkan harga untuk Asia, Aramco menyatakan bahawa ia telah melihat permintaannya telah bermula untuk pulih dalam pasaran rantau terbesarnya. Selain itu, import minyak China juga meningkat pada bulan lalu, menurut kepada laporan. Oleh kerana kebanyakan ekonomi utama telah bermula untuk melonggarkan sekatan, harapan dalam peningkatan aktiviti perniagaan dan pelancongan juga menyokong permintaan komoditi ini.
Namun, oleh kerana isu koronavirus yang masih berkekalan dan ketakutan pasaran terhadap gelombang koronavirus kedua, pasaran tetap berwaspada sementara para pelabur kekal memantau perkembangan komoditi ini dalam masa yang akan datang.
Tinjauan Pasaran: Mei 11 – 15
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas perkembangan mengenai wabak koronavirus dan juga data-data ekonomi yang penting seperti Retail Sales untuk mendapat isyarat selanjutnya.
Bagi pasaran minyak, para pelabur akan memberi tumpuan ke atas paras inventori AS dari API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan minyak dari pengguna terbesar di dunia.
Data Ekonomi dan Acara Kemuncak bagi minggu: April 27 – Mei 1
| Masa | Pasaran | Acara | Sebenar | Ramalan | Terdahulu |
| Selesa – 12 Mei 2020 | |||||
| 20.30 | USD | Core CPI (MoM) (Apr) | – | -0.2% | -0.1% |
| Rabu – 13 Mei 2020 | |||||
| 10.00 | NZD | RBNZ Interest Rate Decision | – | 0.25% | 0.25% |
| 10.00 | NZD | RBNZ Rate Statement | – | – | – |
| 11.00 | NZD | RBNZ Press Conference | – | – | – |
| 14.00 | GBP | GDP (MoM) | – | – | -0.1% |
| 14.00 | GBP | Manufacturing Production (MoM) (Mar) | – | -5.7% | 0.5% |
| 20.30 | USD | PPI (MoM) (Apr) | – | -0.5% | -0.2% |
| 22.30 | CrudeOIL | Crude Oil Inventories | – | – | 4.590M |
| Khamis – 14 Mei 2020 | |||||
| 09.30 | AUD | Employment Change (Apr) | – | -575.0K | 5.9K |
| 10.00 | NZD | Annual Budget Release | – | – | – |
| 20.30 | USD | Initial Jobless Claims | – | 2500K | 3169K |
| 23.15 | CAD | BoC Gov Poloz Speaks | – | – | – |
| Jumaat – 15 Mei 2020 | |||||
| 10.00 | CNY | Industrial Production (YoY) (Apr) | – | 1.5% | -1.1% |
| 14.00 | EUR | German GDP (QoQ) (Q1) | – | -2.1% | 0.0% |
| 20.30 | USD | Core Retail Sales (MoM) (Apr) | – | -8.6% | -4.2% |
| 20.30 | USD | Retail Sales (MoM) (Apr) | – | -11.6% | -8.4% |
| 22.00 | USD | JOLTs Job Openings (Mar) | – | – | 6.882M |