12 Mei 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar melambung susulan ketakutan dalam ‘gelombang kedua’.
Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah mencecah puncak dua minggu dan melonjak pada lewat sesi Asia di tengah-tengah ketakutan yang semakin meningkat terhadap koronavirus ‘gelombang kedua’ telah mendorong permintaan dolar sebagai perlindungan. Menurut kepada laporan, Korea Selatan telah muncul sekumpulan kes koronavirus yang baru di ibu kota negaranya, Seoul, dan ia telah mencetuskan ketakutan terhadap jangkitan gelombang kedua setelah kerajaannya telah melonggarkan sekatannya baru-baru ini. Negara-negara lain seperti Perancis dan Jerman juga menyaksikan kes jangkitannya meningkat apabila sekatan telah dilonggarkan. Contoh-contoh ini juga menimbulkan ketakutan di AS di mana ekonomi terbesar dunia juga merancang untuk membuka semula ekonominya dan ia mencetuskan permintaan yang agresif terhadap dolar AS sebagai tempat perlindungan. Di samping itu, dolar AS juga disokong oleh keluk kenaikan hasil A.S. berikutan dengan pegawai FED menolak prospek kadar negatif. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.06% menjadi 100.28.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal berdaya tahan dan menokok sebanyak 0.04% kepada $25.27 setong semasa penulisan. Pemotongan selanjutnya yang tidak dijangka sehingga 1 juta tong sehari dari Arab Saudi telah membantu menyokong harga komoditi tersebut. Namun, sentimen kekal bercampur-campur kerana peningkatan dalam ketakutan terhadap koronavirus gelombang kedua. Para pelabur sekarang fokus kepada pengesahan lebih lanjut untuk menentukan arah komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah merosot sebanyak 0.06% kepada $ 1700.43 se troy auns pada waktu penulisan berikutan dengan pengukuhan dolar dan ciri-cirinya sebagai pasaran selamat melebihi komoditi kuning tersebut..
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Apr) | -0.1% | -0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dollar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari garisan MA. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 100.95.
Tahap rintangan: 100.95, 103.75
Tahap sokongan: 98.85, 96.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2245. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2435, 1.2630
Tahap sokongan: 1.2245, 1.1975

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari garisan MA. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.0745.
Tahap rintangan: 1.0885, 1.0995
Tahap sokongan: 1.0745, 1.0615

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 107.05.
Tahap rintangan: 107.95, 109.20
Tahap sokongan: 107.05, 105.90

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6560. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6390.
Tahap rintangan: 0.6560, 0.6685
Tahap sokongan: 0.6390, 0.6265

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6140 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6005.
Tahap rintangan: 0.6140, 0.6250
Tahap sokongan: 0.6005, 0.5910

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.4025. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.4235.
Tahap rintangan: 1.4235, 1.4465
Tahap sokongan: 1.4025, 1.3845

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9695. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9790.
Tahap rintangan: 0.9790, 0.9890
Tahap sokongan: 0.9695, 0.9595

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata berhampiran dengan garisan MA. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 21.35.
Tahap rintangan: 28.00, 35.20
Tahap sokongan: 21.35, 15.00

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang denganlebih tinggi ke arah tahap rintangan 1717.55.
Tahap rintangan: 1717.55, 1800.35
Tahap sokongan: 1672.85, 1607.55