13 Mei 2020 Analisis Sesi Tengah Hari
Kiwi menjunam selepas kenyataan RBNZ yang dovish.
Dolar New Zealand yang berbanding dengan dolar A.S dan pasangan mata wang lain telah mengalami penjualan yang ketara dan menjunam semasa sesi Asia lewat susulan dengn nada yang dovish dari Gabenor RBNZ Adrian Orr. Menurut kepada laporan, walaupun dengan bank pusat New Zealand mengekalkan kadar faedahnya dengan tidak berubah pada 0.25% pada awal hari Rabu, ia telah memperluas program pembelian bon dari $ 30 bilion kepada $ 60 bilion. Selain itu, bank pusat juga menyatakan bahawa kadar faedah yang negatif berpotensi akan menjadi pilihan di masa depan dan ia mengesahkan ramalan Westpac untuk kadar di bawah sifar pada bulan November. Gabenor RBNZ Adrian Orr telah mengatakan bahawa bank pusat akan melakukan apa sahaja untuk menyokong ekonomi. Sementara itu, penggubal dasar bank pusat Geoff Bascand juga menambah bahawa bank-bank komersial telah diminta untuk menyediakan kadar negatif pada akhir tahun ini. Dengan RBNZ meningkatkan jangkaan kadar negatif, prospek ekonomi untuk New Zealand tetap tidak menentu, justerunya ia telah menyeret Dolar New Zealand iaitu Kiwi. Pada masa penulisan, NZD/USD telah jatuh sebanyak 1.05% kepada 0.6013.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal berdaya tahan dan menokok sebanyak 0.43% kepada $25.98 setong pada waktu penulisan walaupun dengan kenaikan dalam tahap inventori. Menurut kepada API, inventori minyak mentah A.S. untuk minggu yang berakhir pada 8 Mei telah meningkat sebanyak 7.58 juta tong, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 5 juta tong. Walau bagaimanapun, pengumuman dari Arab Saudi yang menyatakan bahawa ia akan mengurangkan selanjutnya 1 juta tong sehari pada bulan Jun ditambah dengan pemotongan yang disetujui dengan OPEC + pada awal April telah membantu menyokong pasaran. Sebaliknya, harga emas naik 0.03% kepada $ 1703.10 satu troy auns di tengah kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – GDP(QoQ)(Q1) | 0.0% | -2.5% | – |
| 14:00 | GBP – Manufacturing Production (MoM)(Mar) | 0.5% | -6.0% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM)(Apr) | -0.2% | -0.5% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 4.590M | 4.295M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 99.60. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 100.25, 100.85
Tahap sokongan: 99.60, 98.75

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2245. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangna mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntunganya ke arah tahap rintangan 1.2285.
Tahap rintangan: 1.2285, 1.2335
Tahap sokongan: 1.2245, 1.2197

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagnag dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.0780. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.0975.
Tahap rintangan: 1.0975, 1.1080
Tahap sokongan: 1.0780, 1.0655

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.05. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 107.75, 108.45
Tahap sokongan: 107.05, 106.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6560. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6405.
Tahap rintangan: 0.6560, 0.6685
Tahap sokongan: 0.6405, 0.6230

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6015. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6135, 0.6255
Tahap sokongan: 0.6015, 0.5905

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.4015. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.4155.
Tahap rintangan: 1.4155, 1.4230
Tahap sokongan: 1.4015, 1.3875

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berudur dari tahap rintangan 0.9760. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9760, 0.9880
Tahap sokongan: 0.9585, 0.9495

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dalam saluran sisi sementara kini menguji di tahap rintangan 26.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 26.15, 29.95
Tahap sokongan: 22.80, 19.30

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1706.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangna mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1706.95, 1720.70
Tahap sokongan: 1693.90, 1683.45