31 Oktober 2019 Analisis Sesi Petang
Mata wang Loonie menjunam selepas kenyataan dari BoC.
Dolar Kanada telah menyusut berbanding dengan dolar AS selepas Bank of Canada (BoC) mengumumkan keputusan kadar faedahnya. Baru-baru ini, BoC telah mengumumkan untuk mengekalkan kadar faedahnya pada 1.75%. Namun, bank pusat tersebut juga menyampaikan nada yang lebih berhati-hati dan menyebabkan para pelabur untuk menjual mata wang tersebut dengan ketara. Dalam sidang akhbar, Gabenor BoC Stephen Poloz telah menyatakan bahawa peningkatan dalam ketidaktentuan yang berkaitan dengan dasar perdagangan untuk masa depan telah membawa kesan negatif yang ketara kepada pelaburan dalam perniagaan. Namun, beliau juga menegaskan bahawa pelonggaran yang lebih lanjut dalam dasar kewangan adalah tidak diperlukan pada masa ini untuk menangani isu tersebut. Di samping itu, kejatuhan harga minyak mentah juga memberikan tekanan penurunan yang lebih lanjut terhadap mata wang yang disokong oleh komoditi. Semasa penulisan, USD/CAD telah meningkat sebanyak 0.07% kepada 1.3163 manakala indeks dolar telah menurun sebanyak 0.32% kepada 97.10.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.08% kepada $55.03 setong susulan dengan komoditi ini terus ditekan oleh inventori yang meningkat dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA). Sebaliknya, harga emas telah melambung sebanyak 0.16% kepada $1498.17 se troy auns berikutan dengan kelemahan dalam dolar AS pada masa kini disebabkan oleh pengurangan kadar faedah baru-baru ini daripada Rizab Persekutuan (Fed).
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative JPY BoJ Monetary Policy Statement
Tentative JPY BoJ Outlook Report
14:30 JPY BoJ Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Oct) | 0.8% | 0.7% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 212K | 215K | – |
| 20:30 | CAD – GDP (MoM) (Aug) | 0.2% | 0.2% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 97.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.55, 98.15
Tahap sokongan: 96.90, 96.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2845. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2980.
Tahap rintangan: 1.2980, 1.3095
Tahap sokongan: 1.2845, 1.2750

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.1125. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1185.
Tahap rintangan: 1.1185, 1.1240
Tahap sokongan: 1.1125, 1.1075

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.00. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 108.40.
Tahap rintangan: 109.00, 109.75
Tahap sokongan: 108.40, 107.65

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6905. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6965.
Tahap rintangan: 0.6965, 0.7020
Tahap sokongan: 0.6905, 0.6860

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6435. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6435, 0.6495
Tahap sokongan: 0.6355, 0.6285

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3145. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3260
Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9895. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9895, 0.9945
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 54.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 55.50.
Tahap rintangan: 55.50, 56.50
Tahap sokongan: 54.65, 53.80

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan MA (Merah). MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1502.60.
Tahap rintangan: 1502.60, 1508.65
Tahap sokongan: 1494.80, 1487.30