83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 November 2017                           Analisis Harian

 

Dolar disokong sementara RBA di fokus.

Indeks dolar telah memangkas kerugiannya berbanding dengan mata wang utama yang lain semasa sesi dagangan Asia selepas ia meningkat sebanyak 0.04% ke paras 94.62 semasa penulisan. Para pelabur kini akan memberikan tumpuan kepada keputusan kadar faedah dari Bank Pusat Australia (RBA) yang dijangkakan secara meluas untuk mengekalkan kadar faedah di paras rekod rendah dengan 1.50%. Namun, sesetengah para pelabur membuat spekulasi bahawa RBA berkemungkinan untuk mengurangkan lagi kadar faedah memandangkan kadar inflasi dan jualan runcit masih suram untuk tempoh kebelakangkan ini. Oleh itu, kenyataan yang dilepaskan oleh RBA akan dipantau secara rapi oleh para pelabur untuk mendapatkan prospek mengenai pandangan terhadap pertumbuhan ekonomi dan dasar kewangan untuk masa depan. Sementara itu, dolar A.S. telah ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang selamat pada semalam susulan dengan risiko politik yang tercetus di timur tengah akibat daripada kempen pencegah rasuah yang telah menahan beberapa individual utama di negara tersebut. Tambahan pula, pengesahan ahli Bank Pusat A.S. William Dudley untuk bersara pada pertengahan tahun depan lebih awal daripada dijangkakan telah meletakkan tekanan pada dolar A.S. Walaubagaimanapun, kerugian yang dialami oleh dolar adalah masih terhad selepas para pelabur mengurangkan pesanan short pada dolar sejak minggu lalu.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.19% ke $57.24 setong berikutan dengan risiko politik di Timur Tengah sementara para pelabur kini menunggu pembebasan laporan mingguan bagi paras inventori minyak dari American Petroleum Institute (API) pada pagi esok. Sementara itu, harga emas telah melonjak sebanyak 1.02% ke $1,279.00 se troy auns selepas ia disokong oleh ketidaktentuan politik di Timur Tengah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

11:30                     AUD                       RBA Rate Statement

17:00                     EUR                       ECB President Draghi Speaks

01:55                     CAD                       BoC Gov Poloz Speaks

03:30                     USD                       Fed Chair Yellen Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
11:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Nov) 1.50% 1.50%
15:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Sep) 2.6% -0.8%
16:30 GBP – Halifax House Price Index (MoM) (Oct) 0.8% 0.3%
23:00 USD – JOLTs Job Openings 6.082M 5.980M
05:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -5.087M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3105 sementara kini menguji di garisan 200-MA. Penutupan niaga di atas garisan tersebut akan mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya dan sasaran berikut berada di paras 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3105, 1.2985

 


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1580. Pembentukan lilin bullish engulfing dan positive divergence dari MACD histogram mencadangkan EURUSD untuk meneruskan kenaikannya ke tahap rintangan di 1.1670.

 

Tahap rintangan: 1.1670, 1.1750

Tahap sokongan: 1.1580, 1.1480


 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang di dalam segi tiga menaik dan kini sedang menguji di paras bawahnya selepas ia gagal untuk menembusi tahap rintangan 114.40. Pemecahan pada garisan trend menaiknya akan memberi cadangkan pada USDJPY untuk melanjutkan kerugiannya dan sasaran seterusnya berada di paras 112.90.

 

Tahap rintangan: 114.40, 115.90

Tahap sokongan: 112.90, 111.50

 


CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 54.75. Susunan lilin bullish dan garisan isyarat MACD yang susur ke atas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya ke tahap rintangan di 58.10.

 

Tahap rintangan: 58.10, 62.55

Tahap sokongan: 54.75, 48.60

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan memecahkan tahap sokongan di 1280.00. MACD histogram yang mula untuk susut ke bawah mencadangkan harga emas untuk mengalami pembetulan teknikal pada jangka pendek ke arah tahap sokongan di 1277.00.

 

Tahap rintangan: 1280.00, 1282.75

Tahap sokongan: 1277.00, 127.15