18 April 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar rata akibat dengan kekurangan sentimen, Loonie menurun.
Indeks dolar yang nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menokok sebanyak 0.02% ke 96.62 semasa sesi dagangan awal Asia selepas ia didagang dengan rata pada hari Rabu. Oleh kerana kebanyakan pasaran utama bersedia untuk perayaan cuti Good Friday, kekurangan momentum dalam pasaran telah menyebabkan para pelabur untuk berhati-hati sementara mereka menunggu sentimen yang selanjutnya untuk memantau pasaran. Menurut kepada perkembangan perang perdagangan, pegawai-pegawai AS dan China kini berusaha untuk menjadualkan lebih banyak perbincangan bersemuka dan berharap untuk mencapai perjanjian menjelang bulan Mei. Perwakilan perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Steven Mnuchin berpelan untuk mengadakan perundingan yang selanjutnya di Beijing semasa minggu 29hb April manakala Naib Presiden China Liu He dijangka untuk datang ke Washington minggu selepas itu. Dalam berita lain, pasangan USD/CAD telah meningkat sebanyak 0.09% ke 1.3350 berikutan dengan pembebasan data Core CPI yang suram pada semalam. Data inflasi tersebut telah menyusut dari 0.7% ke 0.3% serta mencetuskan kebimbangan bahawa Bank Pusat Kanada (BoC) akan memotong kadar faedahnya semasa mesyuarat mereka pada minggu depan. Selain itu, tekanan dalam pasaran minyak turut mendorong kepada penurunan dolar Kanada.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.06% ke $63.68 setong walaupun dengan penurunan dalam tahap inventori minyak. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak telah menurun ke 1.396M, lebih rendah daripada jangkaannya sebanyak 1.200M. Namun, laporan terkini mengenai kemungkinan Rusia untuk menghentikan pemotongan bekalan dengan OPEC selepas bulan Jun yang bakal menjejaskan harga minyak telah memberi tekanan kepada bull minyak. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1273.35 se troy auns di tengah-tengah peningkatan selera risiko pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Apr) | 44.1 | 45.0 | – |
| 16:00 | EUR – Markit Composite PMI (Apr) | 51.6 | 51.8 | – |
| 16:30 | GBP – Retail Sales (MoM) (Mar) | 0.4% | -0.3% | – |
| 20:30 | USD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) | -0.4% | 0.7% | – |
| 20:30 | USD – Retail Sales (MoM) (Mar) | -0.2% | 0.9% | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) | 13.7 | 10.4 | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 196K | 205K | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (Feb) | 0.1% | 0.2% | – |
| 21:45 | USD – Markit Composite PMI | 54.6 | – | – |
| 01:00 (19hb) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 833 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam segi tiga simetri menurun berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 96.45. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, isyarat yang lebih jelas seperti pemecahan pada paras tinggi segi tiga atau tahap sokongan adalah diperlukan untuk pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.40, 96.15

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.3020. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek ke arah tahap rintangan di 1.3115.
Tahap rintangan: 1.3115, 1.3185
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2960

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1325. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan momentum menurunnya ke arah tahap sokongan di 1.1280.
Tahap rintangan: 1.1340, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1230

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 112.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 111.80.
Tahap rintangan: 112.10, 112.70
Tahap sokongan: 111.80, 111.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7165. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7200, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7165, 0.7130

NZDUSD, H4: NZDUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan di 0.6720. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 0.6770.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6815
Tahap sokongan: 0.6720, 0.6680

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3295. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3380.
Tahap rintangan: 1.3380, 1.3460
Tahap sokongan: 1.3295, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.0080. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.0080.
Tahap rintangan: 1.0115, 1.0170
Tahap sokongan: 1.0080, 1.0035

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 64.55. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 63.15.
Tahap rintangan: 64.55, 65.85
Tahap sokongan: 63.15, 61.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1272.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 1280.85.
Tahap rintangan: 1280.85, 1287.00
Tahap sokongan: 1272.05, 1264.60