83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

02 Mac 2018                        Analisis Harian

 

Dolar ditekan selepas Trump mengenakan tarif import!

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menyusut sebanyak 0.41% ke paras 90.24 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Tekanan bearish tersebut telah tercetus selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan untuk mengenakan tarif import ke atas komoditi seawal-awalnya mulai minggu depan. Menurut kepada beliau, kadar tarif sebanyak 25% dan 10% akan dikuatkuasakan ke atas import komoditi keluli dan aluminium. Tindakan kontroversial ini telah meningkatkan kebimbangan diantara para pelabur oleh kerana rakan dagangan utama AS yang termasuk China boleh mengambil tindak balas ke atas pengenalan tarif tersebut. Secara keseluruhannya, sentimen para pelabur masih kekal optimistik selepas Pengerusi Bank Pusat AS Jerome Powell di dalam sesi kedua testimoni pada semalam menegaskan bahawa data semasa tidak memaparkan bukit ke atas perkembangan ekonomi yang terlalu pesat di AS sementara kadar pertumbuhan gaji masih bertumbuh dengan kadar yang lebih lemah. Sebaliknya, pasaran GBP/USD didagang berhampiran dengan paras utama di $1.3775 sementara para pelabur memberi tumpuan kepada ucapan yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri UK Theresa May mengenai pelan Brexit.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.40% ke $61.15 setong susulan dengan sentimen optimistik pasaran di mana kelebihan stok global berkemungkinan untuk tamat tidak lama lagi. Optimisme tersebut telah tercetus selepas laporan mendapati bahawa OPEC bakal bertemu dengan syarikat penggerudian minyak mentah AS di Houston untuk membincang mengenai isu kelebihan stok global. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.06% ke paras $1,316.01 se troy auns berikutan dengan kekhuatiran ke atas persaingan perdagangan global.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     GBP                       BoE Gov Carney Speaks

Tentatif                 GBP                        UK Prime Minister May Speaks

 

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:30 JPY – Household Spending (YoY) (Jan) -0.1% -0.3%
07:30 JPY – National Core CPI (YoY) (Jan) 0.7% 0.8% 0.9%
07:30 JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Feb) 1.3% 1.5% 1.4%
15:00 EUR – German Retail Sales (MoM) (Jan) -1.9% 0.9%
17:30 GBP – Construction PMI (Feb) 50.2 50.5
21:30 CAD – GDP (MoM) (Dec) 0.4% 0.1%
23:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Feb) 95.7 98.9
02:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 799

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia memecah tahap sokongan di 1.3805. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi menguji paras terendah sebelumnya.

 

Tahap rintangan: 1.3805, 1.3915

Tahap sokongan: 1.3665, 1.3455


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.2215. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.2310.

 

Tahap rintangan: 1.2310, 1.2390

Tahap sokongan: 1.2215, 1.2165

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 106.10. Histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi sebelum melanjutkan bias bearish.

 

Tahap rintangan: 106.50, 107.10

Tahap sokongan: 106.10, 105.60


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 60.20. Histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 61.80.

 

Tahap rintangan: 61.80, 63.20

Tahap sokongan: 60.20, 58.60

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 1305.85. Garisan isyarat MACD yang memaparkan silang keemasan memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sekiranya ia berjaya untuk memecah paras Fibonacci 78.6 tersebut.

 

Tahap rintangan: 1317.90, 1327.10

Tahap sokongan: 1305.85, 1294.15