22 Mei 2020 Analisis Sesi Petang
Paun sterling menyusut susulan perbincangan kadar negatif meningkat.
Semasa lewat sesi Asia, mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah jatuh selepas bon UK terus menunjukkan bank pusat England boleh menurunkan kadar ke bawah sifar. Berdasarkan dengan statistik yang terkini, bon United Kingdom 5-tahun telah jatuh di bawah sifar untuk pertama kalinya pada hari Khamis dan para pelabur kekal menjangkakan bahawa BoE akan menurunkan kadar ke bawah sifar dari 0.10%. Selain itu, Gabenor BoE Andrew Bailey juga baru-baru ini menyatakan bahawa kadar negatif sedang dipertimbangkan dengan langkah-langkah lain. Lebih-lebih lagi, kebimbangan yang berterusan dalam Brexit juga memberikan tekanan yang lebih lanjut bagi pasangan di mana perbincangan antara UK dan E.U masih kurang dalam perkembangan. Ketua perunding UK David Frost menyatakan bahawa tidak ada banyak perkembangan dalam perbincangan setelah kedua-dua pihak telah mengakhiri rundingan Brexit yang ketiga pada Jumaat lalu. Pada masa penulisan, GBPUSD telah jatuh sebanyak 0.05% kepada 1.2213.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 2.13% kepada $33.16 setong berikutan dengan peningkatan dalam ketegangan antara AS dan China. Baru-baru ini, Presiden Trump telah menyalahkan China kerana bercampur tangan dalam pilihan raya AS. Ketegangan yang meningkat antara dua ekonomi terbesar di dunia boleh mengehadkan prospek permintaan pasaran, justerunya ia menyeret harga turun. Sebaliknya, harga emas juga turun sebanyak 0.05% kepada $1728.59 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan kekuatan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Retail Sales (MoM)(Apr) | -5.8% | -22.2% | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM)(Mar) | -15.6% | -5.0% | – |
| 01:00
(23th) |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 258 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 98.85. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 100.40.
Tahap rintangan: 100.40, 101.20
Tahap sokongan: 98.85, 97.10

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2235. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2190.
Tahap rintangan: 1.2235, 1.2280
Tahap sokongan: 1.2190, 1.2155

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.0980. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.0890.
Tahap rintangan: 1.0980, 1.1080
Tahap sokongan: 1.0890, 1.0785

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 107.80. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 107.10.
Tahap rintangan: 107.80, 108.50
Tahap sokongan: 107.10, 106.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6595. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6435.
Tahap rintangan: 0.6595, 0.6765
Tahap sokongan: 0.6435, 0.6260

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6105. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6060.
Tahap rintangan: 0.6105, 0.6155
Tahap sokongan: 0.6060, 0.6015

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3890. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.4085.
Tahap rintangan: 1.4085, 1.4230
Tahap sokongan: 1.3890, 1.3765

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.9735. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9735, 0.9835
Tahap sokongan: 0.9635, 0.9505

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 31.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 32.65, 34.40
Tahap sokongan: 31.25, 29.05

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1730.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1730.75, 1749.35
Tahap sokongan: 1717.90, 1709.00