15 Oktober 2019 Analisis Sesi Petang
Dolar berlegar susulan dengan peningkatan dalam risiko geopolitik.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama kekal didagang pada paras 98.20 berikutan dengan peningkatan ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat dan Turki. Terdahulu hari ini, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump mengenakan sekatan ke atas Turki untuk menggesa gencatan senjata segera. Dalam sekatan tersebut, AS memberhentikan perundingan dengan Turki tentang $100 bilion perdagangan dan juga menaikkan tarif keluli kembali ke 50%. Selain itu, Donald Trump juga menyatakan bahawa mereka mungkin akan melumpuhkan ekonomi Turki dan pasukan tentera mereka telah bersedia untuk sebarang kecemasan jika pemimpin Turki terus mengancam keamanan dan menimbulkan keadaan untuk perang. Dalam kenyataan dari Trump, beliau mengulangi bahawa dia akan meningkatkan sekatan terhadap Turki kecuali pemimpin Turki ingin menyelesaikan masalah itu dan berunding dengan AS. Semasa penulisan, indeks dolar telah menurun sebanyak 0.05% ke 98.05. Sebaliknya, pasangan AUD/USD telah jatuh 0.05% kepada 0.6770 disebabkan oleh nada dovish daripada anggota Bank Pusat Australia (RBA) dalam minit mesyuarat bulanan. Berdasarkan kenyataan itu, majoriti ahli tetap pesimis terhadap prospek masa depan ekonomi sementara bersetuju untuk mengekalkan kadar faedah pada tahap yang rendah untuk jangka masa yang panjang, dan berkemungkinan akan melonggarkan dasar monetari mereka jika diperlukan.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 0.47% ke $53.20 setong oleh sebab data ekonomi China yang lemah bagi bulan September dan ini telah meningkatkan kebimbangan para pelabur terhadap permintaan minyak mentah pada masa depan. Selain itu, harga emas telah menaik selebih 0.06% ke $1494.00 setroy auns di tengah-tengah penurunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Aug) | 4.0% | 4.0% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Sep) | 28.2K | 26.5K | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Sep) | -22.5 | -27.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 98.35. Namun , MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 98.35.
Tahap rintangan: 98.35, 98.85
Tahap sokongan: 97.70, 97.15

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2515. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.2515.
Tahap rintangan: 1.2685, 1.2775
Tahap sokongan: 1.2515, 1.2385

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1020. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1.1075.
Tahap rintangan: 1.1075, 1.1155
Tahap sokongan: 1.1020, 1.0965

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap rintangan 108.45. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 107.55.
Tahap rintangan: 108.45, 109.20
Tahap sokongan: 107.55, 107.00

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6745. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6805.
Tahap rintangan: 0.6805, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6745, 0.6690

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam satu lingkungan susulan dengan lantunan dari thaap sokongan 0.6270 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6325.
Tahap rintangan: 0.6325, 0.6355
Tahap sokongan: 0.6270, 0.6235

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3235. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3300
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3135

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9980. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9915.
Tahap rintangan: 0.9980, 1.0025
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9855

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 54.0. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 51.45
Tahap rintangan: 54.80, 58.35
Tahap sokongan: 51.45, 48.15

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1487.35. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 1514.60.
Tahap rintangan: 1514.60, 1535.10
Tahap sokongan: 1487.35, 1455.85