83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 Mac 2018                        Analisis Harian

 

Risiko perdagangan merebak kepada dolar.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia mencatat kerugian sebanyak 0.40% ke paras 89.44 apabila dibandingkan dengan enam mata wang utama yang lain. Momentum bearish telah tercetus apabila para pelabur memberikan keraguan mereka ke atas dolar selepas  penasihat ekonomi Gary Cohn dilaporkan untuk meletak jawatan dari White House sekiranya Presiden AS Donald Trump meluluskan pelan tarif import ke atas keluli dan aluminium. Cohn adalah bekas jurubank di Wall Street yang membantah ideologi “protectionism” di dalam pentadbiran Trump. Sekiranya beliau meletakkan jawatan, maka Trump berkemungkinan lebih tinggi untuk mengenakan tarif yang berlebihan ke atas barangan import yang memasuki AS. Selain itu, risiko di dalam pasaran telah susut pada semalam selepas terdapatnya laporan di mana Korea Utara dan Selatan telah bersetuju untuk mengadakan sidang kemuncak pada bulan depan sambil memberi isyarat kepada penyusutan ketegangan geopolitik di semenanjung tersebut. Laporan ini telah mendorong kepada pengambilan risiko yang lebih tinggi di dalam kalangan para pelabur dan mengalihkan tumpuan kepada mata wang utama yang lain sambil menjual dolar berlatarbelakangkan risiko persaingan perdagangan yang berpunca dari Washington. Bagi rantau yang lain, EUR/USD menokok sebanyak 0.07% ke $1.2412 semasa penulisan selepas terdapatnya spekulasi di mana Bank Pusat Eropah berkemungkinan untuk memberi isyarat mengenai pengurangan program QE di dalam mesyuarat minggu ini.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 3 cents ke $62.15 setong selepas para pelabur memberikan sentimen negatif ke atas EIA yang berkemungkinan untuk memaparkan peningkatan di dalam stok minyak mentah sebanyak 2.7 juta tong. Selain itu, harga emas mencatat keuntungan sebanyak 0.10% ke $1,334.90 se troy auns berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.

 

 


 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

09:30                     USD                       FOMC Member Kaplan Speaks

20:30                     GBP                       Annual Budget Release

21:00                     USD                       FOMC Member Bostic Speaks

21:20                     USD                       FOMC Member Dudley Speaks

23:00                     CAD                       BoC Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
08:30 AUD – GDP (QoQ) (Q4) 0.7% 0.5% 0.4%
16:30 GBP – Halifax House Price Index (YoY) (Feb) -0.6% 0.4%
18:00 EUR – GDP (QoQ) (Q4) 0.6% 0.6%
21:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (Feb) 234K 194K
21:30 USD – ADP Nonfarm Productivity (QoQ) (Q4) -0.1% -0.1%
21:30 CAD – Trade Balance (Jan) -3.19B -2.50B
23:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.25% 1.25%
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 3.019M
23:30 CrudeOIL – Gasoline Inventories 2.483M -0.190M

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1.3860. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.4070.

 

Tahap rintangan: 1.4070, 1.4370

Tahap sokongan: 1.3860, 1.3750

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia berjaya memecah tahap rintangan di 1.2390. Susunan lilin yang bersifat bullish dan histogram MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berlanjutan memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.2450.

 

Tahap rintangan: 1.2450, 1.2540

Tahap sokongan: 1.2390, 1.2340

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 105.20. Namun, histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke paras terendah sebelumnya.

 

Tahap rintangan: 106.70, 107.80

Tahap sokongan: 105.20, 103.60

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia gagal untuk memecah rintangan pada garisan 200-MA. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah tahap sokongan di 61.80.

 

Tahap rintangan: 63.20, 64.60

Tahap sokongan: 61.80, 60.90

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 1335.20. Namun, histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah paras terendah sebelumnya.

 

Tahap rintangan: 1345.00, 1354.50

Tahap sokongan: 1335.20, 1326.80