26 Mei 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar berayun sementara hari percutian Memorial AS.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama didagang dengan rata, mempunyai corak bercampur-campur kerana pelabur menyumbang perdagangan yang ringan semasa perayaan Memorial AS dan pemangkin baru diperlukan sekarang. Walaupun begitu, momentum kenaikan masih terus menimbang pada dolar AS kerana daya tarikan dolar yang mempunyai ciri aset selamat telah meningkat berikutan protes pro-demokrasi berlaku di Hong Kong. Baru-baru ini, China telah bersedia untuk melaksanakan undang-undang keselamatan nasional di Hong Kong, di mana ia akan membolehkan China menghukum sesiapa yang didapati melakukan kes jenayah di Hong Kong. Dengan undang-undang baru ini, ia akan memberikan pengaruh negatif terhadap kegiatan perniagaan dan meningkatkan risiko bagi perusahaan dan profesional di Hong Kong, dan di mana akan mempengaruhi reputasi Hong Kong sebagai pusat kewangan antarabangsa. Oleh karena itu, AS juga telah meningkatkan kritikan mereka terhadap China dengan menyatakan bahawa Senat AS sekarang sedang merumuskan pelan sekatan yang akan dikenakan ke atas China jika undang-undang keselamatan nasional akhirnya dilaksanakan di Hong Kong. Seamsa penulisan, indeks dolar menurun 0.03% ke 99.75.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 1.89% ke $33.90 setong kerana banyak negara telah mula melonggarkan penguncian negara dan ia berjaya meningkatkan daya tarikan komoditi hitam ini. Namun, keuntungan minyak mentah telah dihadkan ketika ketegangan AS-China meningkat, yang berkemungkinan akan mengganggu permintaan produk minyak di masa depan. Selain itu, harga emas jatuh 0.08% ke $1727.65 setroy auns susulan dengan peningkatan keyakinan pelabur terhadap pemulihan ekonomi.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
05:00 CAD BoC Gov Poloz Speaks
(27hb)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 22:00 | USD – CB Consumer Confidence (May) | 86.9 | 88.0 | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Apr) | 627K | 490K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 99.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 100.85.
Tahap rintangan: 100.85, 102.90
Tahap sokongan: 99.45, 98.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah untuk jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 1.2215, 1.2305
Tahap sokongan: 1.2115, 1.2010

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.0885. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0940, 1.1025
Tahap sokongan: 1.0885, 1.0830

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 107.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 108.20.
Tahap rintangan: 108.20, 109.40
Tahap sokongan: 107.20, 106.25

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.6555. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6370.
Tahap rintangan: 0.6555, 0.6705
Tahap sokongan: 0.6370, 0.6180

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6150. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6065.
Tahap rintangan: 0.6150, 0.6205
Tahap sokongan: 0.6065, 0.5995

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3980. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.3855.
Tahap rintangan: 1.3890, 1.4120
Tahap sokongan: 1.3855, 1.3670

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.9710. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9710, 0.9750
Tahap sokongan: 0.9660, 0.9585

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 34.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 34.35.
Tahap rintangan: 34.35, 38.00
Tahap sokongan: 31.25, 28.80

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1726.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan lantunannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1738.15.
Tahap rintangan: 1738.15, 1757.60
Tahap sokongan: 1726.05, 1718.20