16 April 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar ditekan oleh kritik Trump, namun data yang baik mengehadkan kerugian.
Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.02% ke 96.50 semasa sesi awal dagangan Asia berikutan dengan tweet oleh Presiden AS Donald Trump mengenai pertumbuhan ekonomi yang lemah akibat dengan keputusan Fed untuk mengetatkan dasar kewangan. Dalam tweet tersebut, beliau telah mengkritik bahawa sekiranya Fed telah menjalankan tugasnya dengan baik, pasaran stok dan pertumbuhan GDP akan lebih tinggi daripada paras terkini. Walaupun Fed telah mengisyaratkan bahawa mereka akan bersabar dalam kenaikan kadar dalam mesyuarat FOMC yang lepas, namun sekiranya pertumbuhan suku kedua adalah lebih baik daripada dijangka, Fed berkemungkinan besar untuk meningkatkan kadar dalam masa yang lebih dekat. Selain itu, pembebasan data NY State Manufacturing Index yang telah melebihi jangkaannya dengan bacaan sebanyak 10.10 berbanding dengan 6.70 telah mengehadkan penurunan dolar dan mengukuhkan dolar di atas paras harga 96.40. Dalam berita lain, pasangan USD/CAD telah meningkat sebanyak 0.12% ke 1.3375 di tengah-tengah peninjauan prospek perniagaan yang dovish oleh Bank Pusat Kanada (BoC). Menurut kepada laporan suku tahunan BoC, sentimen perniagaan telah menyusut bagi suku pertama tahun 2019, di mana penunjuk tinjauan mereka telah menjunam dari 2.2 ke -0.6. Bank tersebut juga menegaskan bahawa walaupun jangkaan penjualan kekal positif, namun beberapa perniagaan kini lebih pesimistik terhadap permintaan dalam pasaran. Tambahan pula, mata wang Kanada yang terutamanya disokong oleh minyak mentah telah ditekan semasa minyak mentah memangkas keuntungan minggu lepasnya pada hari Isnin.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meneruskan momentum bearishnya sementara menurun sebanyak 0.28% ke $63.36 setong di tengah-tengah peningkatan kebimbangan terhadap komitmen Rusia dalam pemotongan bekalan. Pada Sabtu yang lepas, Moscow telah menunjukkan keengganan untuk melanjutkan pemotongan bekalan dengan OPEC+ selepas bulan Jun di tengah-tengah kebimbangan terhadap kehilangan kuasa dalam pasaran minyak mentah. Menurut kepada Menteri Kewangan Rusia Anton Siluanov, kedua-dua Rusia dan OPEC berkemungkinan untuk menambahkan pembekalan minyak untuk memperjuangkan pangsa pasaran minyak dengan AS walaupun ia berisiko untuk mendorong kepada penurunan harga minyak ke paras $40 setong. Pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada data inventori utama oleh American Petroleum Institute pada hari ini untuk memantau momentum minyak. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.08% ke $1286.55 se troy auns berikutan dengan penjualan emas secara mendadak yang bernilai sebanyak $400 juta oleh Venezuela akibat dengan sekatan yang dikenakan oleh negara AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Feb) | 3.4% | 3.5% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Mar) | 27.0K | 20.0K | – |
| 16:30 | GBP – Unemployment Rate (Feb) | 3.9% | 3.9% | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Apr) | -3.6 | 0.8 | – |
| 21:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Mar) | 0.1% | 0.2% | – |
| 04:30 (17hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 4.091M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan di 96.45. Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan atau lantunan dari tahap sokongan adalah diperlukan untuk mendapatkan pengesahan yang selanjutnya.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.45, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari garisan MA-50 (merah). Oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, isyarat yang selanjutnya seperti pemecahan pada tahap rintangan atau sokongan adalah diperlukan sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3115, 1.3185
Tahap sokongan: 1.3020, 1.2960

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan rata susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1325. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 1.1280.
Tahap rintangan: 1.1325, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1245

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan rata berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 112.10. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 111.75.
Tahap rintangan: 112.10, 112.70
Tahap sokongan: 111.75, 111.30

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.7155.
Tahap rintangan: 0.7195, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7130

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.6770. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 0.6725.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6815
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6680

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.3380. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3380, 1.3460
Tahap sokongan: 1.3295, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.0035. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.0055.
Tahap rintangan: 1.0055, 1.0085
Tahap sokongan: 1.0035, 1.0005

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 63.15. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 64.55.
Tahap rintangan: 64.55, 65.85
Tahap sokongan: 63.15, 61.75

GOLD_, H4: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahahp sokongan di 1287.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 1296.40.
Tahap rintangan: 1296.40, 1310.70
Tahap sokongan: 1287.00, 1280.85