83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 June 2020                         Analisis Sesi Pagi

 

Dolar meningkat susulan dengan peningkatan ketegangan antara US dan China.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama melonjak di tengah Trump mengumumkan tindakan balas dendam terhadap China akhir minggu lalu. Dalam sidang media Sabtu, Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa mereka akan menarik balik kedudukan istimewa Hong Kong sebagai khas kastam setelah parlimen China sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan undang-undang keselamatan negara di Hong Kong. Selain itu, Trump juga mendedahkan bahawa mereka akan mengenakan sekatan terhadap pegawai dari China dan Hong Kong yang menjejas autonomi Hong Kong, mengalihkan idea ‘satu negara, dua sistem’ ke ‘satu negara, satu sistem’ . Dengan sekatan tersebut, pemerintah AS akan melarang visa pelajar China dan menghalau mereka dari AS. Dari segi pasaran kewangan, AS juga mengambil tindakan terhadap China termasuk membatalkan lisen syarikat-syarikat China disenaraikan di bursa AS sekiranya mereka gagal mematuhi undang-undang kewangan AS. Di samping itu, AS juga telah menyatakan bahawa mereka akan menghentikan semua sumbangan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sambil mengambil kesempatan untuk mengkritik bahawa China memiliki kawalan penuh terhadap organisasi tersebut. Ketegangan antara AS dan China jelas meningkat ke tahap yang baru, mendorong para pelabur untuk melarikan diri dari aset berisiko tinggi ke dolar yang selamat. Semasa sesi perdagangan awal Asia, indeks dolar meningkat 0.05% to 98.30.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat 0.59% ke $35.50 setong susulan dengan penyusutan masalah bekalan melebihi setelah pengeluaran minyak mentah dipotong secara besar-besaran oleh OPEC dan sekutunya. Selain itu, semakin banyak negara telah mulai menghapuskan langkah penguncian negara, dan ia telah meningkatkan harga komoditi hitam ini kerana prospek pasaran menjadi lebih cerah. Selain itu, harga emas melonjak 0.52% ke $1738.10 setroy auns kerana peningkatan ketidakpastian antara AS dan China mendorong pelabur masuk ke pasaran aset safe haven.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

All Day                   EUR                                        Whit Monday

All Day                   CHF                                        Pentecost

All Day                   NZD                                        Queen’s Birthday

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Manfacturing PMI (May) 34.5 36.8
16:30 GBP – Manufacturing PMI (May) 40.6 40.7
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (May) 41.5 43.0

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 98.25. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan di 98.25.

 

Tahap rintangan: 98.80, 99.75

Tahap sokongan: 98.25, 97.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2290. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2370.

 

Tahap rintangan: 1.2370, 1.2435

Tahap sokongan: 1.2290, 1.2230

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.1115. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1115, 1.1155

Tahap sokongan: 1.1080, 1.1025

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 108.20.

 

Tahap rintangan: 108.20, 109.40

Tahap sokongan: 107.20, 106.25

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6655. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 0.6655.

 

Tahap rintangan: 0.6655, 0.6810

Tahap sokongan: 0.6530, 0.6370

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan lantunan berlaku pada tahap rintangan di 0.6205. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 0.6150.

 

Tahap rintangan: 0.6205, 0.6250

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6065

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3855. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3855.

 

Tahap rintangan: 1.3855, 1.3980

Tahap sokongan: 1.3670, 1.3380

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9650. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9575.

 

Tahap rintangan: 0.9650, 0.9740

Tahap sokongan: 0.9575, 0.9505

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan berlaku pada tahap rintangan sebelumnya di 34.35. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 38.00.

 

Tahap rintangan: 38.00, 41.05

Tahap sokongan: 34.35, 31.25

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1738.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan di 1738.15.

 

Tahap rintangan: 1738.15, 1750.90

Tahap sokongan: 1726.05, 1718.20