01 Jun 2020 Analisis Sesi Petang
Aussie melonjak di tengah-tengah selera risiko yang meningkat.
Semasa lewat sesi Asia, dolar Australia yang berbanding dengan dolar AS dan pasangan mata wang lain telah mengukuhkan nilainya setelah pembebasan data Caixin Manufacturing PMI dari China yang meningkatkan selera risiko pasaran. Menurut kepada Caixin, data China Manufacturing PMI telah memberi bacaan sebanyak 50.7, melebihi jangkaan pasaran sebanyak 49.6. Di samping itu, aktiviti perkilangan di China juga kembali meningkat dengan tidak dijangka pada bulan Mei kerana langkah-langkah ketat untuk menahan wabah koronavirus telah dilonggarkan, menurut kepada Reuters. Selera risiko juga meningkat setelah Presiden AS Donald Trump enggan mengambil pendekatan keras terhadap China dan perjanjian perdagangannya mengenai isu keselamatan Hong Kong pada Jumaat lalu. Pada masa penulisan, AUD/USD juga meningkat sebanyak 1.04% kepada 0.6735.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal kukuh dan meningkat sebanyak 1.50% kepada $35.52 setong semasa penulisan berikutan dengan tinjauan positif terhadap permintaan. Oleh kerana pelonggaran dalam sekatan berterusan di seluruh dunia, permintaan minyak mentah terus meningkat. Selain itu, harapan mengenai penurunan dalam inventori yang boleh menyebabkan pemotongan output dari OPEC yang lebih mendalam juga membantu dalam mendorong kenaikannya. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.52% kepada $ 1737.75 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah ketegangan antara AS dan China yang semakin meningkat telah menyokong permintaan yang berpotensi untuk komoditi selamat tersebut.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
All Day EUR Whit Monday
All Day CHF Pentecost
All Day NZD Queen’s Birthday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:55 | EUR – German Manfacturing PMI (May) | 34.5 | 36.8 | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI (May) | 40.6 | 40.7 | – |
| 22:00 | USD – ISM Manufacturing PMI (May) | 41.5 | 43.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 97.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 98.70, 99.50
Tahap sokongan: 97.70, 96.50

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1.2435. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2435, 1.2630
Tahap sokongan: 1.2265, 1.2070

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1140. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 1.1015.
Tahap rintangan: 1.1140, 1.1235
Tahap sokongan: 1.1015, 1.0880

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat arah yang jelas dari MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul seperti pemecahan sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 108.05, 108.55
Tahap sokongan: 107.35, 106.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 0.6750. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6750, 0.6830
Tahap sokongan: 0.6670, 0.6560

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6250. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6250, 0.6365
Tahap sokongan: 0.6150, 0.6070

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.3685. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3865, 1.4020
Tahap sokongan: 1.3685, 1.3510

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9595. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 0.9665.
Tahap rintangan: 0.9665, 0.9730
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9500

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 35.50. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 35.50, 39.50
Tahap sokongan: 30.95, 26.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 1723.05. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1768.05.
Tahap rintangan: 1768.05, 1800.00
Tahap sokongan: 1723.05, 1673.95