83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 Jun 2020                         Analisis Sesi Petang

Dolar jatuh di tengah-tengah prospek pemulihan yang meningkat.

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama telah merosot semasa lewat sesi Asia susulan prospek mengenai rangsangan kerajaan yang lebih lanjut dan pemulihan ekonomi global telah mendorong para pelabur untuk menambah portfolio mereka dengan aset berisiko. Walaupun dengan kebimbangan yang meningkat terhadap ketegangan antara A.S.-China dan kerusuhan di banyak bandar A.S, nada pasaran tetap optimis terhadap pemulihan global. Di Australia, bank pusatnya telah mengekalkan kadar faedahnya dan hasilnya dengan tidak berubah, menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan. Selain itu, EU juga menunjukkan isyarat positif berikutan degan pakej rangsangan baru-baru ini dan juga dijangka akan melanjutkan rangsangannya. Dari segi data, aktiviti pembuatan AS melonjak dari paras terendah 11 tahun pada bulan Mei, meningkatkan naratif mengenai ekonomi bertukar arah ke atas dan membayangi ketegangan antara AS dan China serta protes yang ganas di AS. Justerunya, faktor-faktor tersebut telah meningkat selera para pelabur untuk aset yang lebih berisiko dan menyeret dolar AS kepada paras yang rendah. Pada masa penulisan, indeks dolar telah jatuh sebanyak 0.15% kepada 97.53.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kenaikannya dan melonjak sebanyak 1.49% kepada $37.46 setong setelah ditulis berikutan dengan harapan untuk pemotongan dalam pengeluaran tetap menyokong sentimen positif. Mesyuarat kumpulan yang dikenali sebagai OPEC + itu dijangka akan diadakan secara dalam talian pada hari Khamis dan OPEC serta sekutunya termasuk Rusia dijangka akan melanjutkan pemotongan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari (bpd), atau sekitar 10% pengeluaran global sehingga bulan Julai atau Ogos. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% kepada $ 1726.98 se troy auns di tengah-tengah peningkatan selera risiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

22:00                     CAD                                        BoC Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Unemployment Change (May) 373K 200K
16:30 GBP – Composite PMI (May) 28.9 28.9
16:30 GBP – Services PMI (May) 27.8 28.0
20:15 USD – ADP Nonfarm Employment Change (May) -20,236K -9,000K
22:00 USD – ISM Non-Manufacturing PMI (May) 41.8 44.0
22:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 0.25% 0.25%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 7.928M 3.300M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.25. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 98.20, 99.00

Tahap sokongan: 97.25, 96.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2525. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.2635, 1.2765

Tahap sokongan: 1.2525, 1.2420

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1210. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1210, 1.1275

Tahap sokongan: 1.1135, 1.1070

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 108.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 108.75, 109.90

Tahap sokongan: 107.80, 106.40

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6950. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6950, 0.7010

Tahap sokongan: 0.6850, 0.6735

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6435. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6435, 0.6525

Tahap sokongan: 0.6335, 0.6205

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3485. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3735, 1.3890

Tahap sokongan: 1.3485, 1.3310

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9595. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.9735, 0.9835

Tahap sokongan: 0.9595, 0.9505

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 35.95. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 39.35.

 

Tahap rintangan: 39.35, 43.00

Tahap sokongan: 35.95, 33.90

 


 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1731.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1731.95, 1743.00

Tahap sokongan: 1723.20, 1712.15