4 June 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melantun selepas data ekonomi yang positif dibebaskan.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama berjaya memulihkan sebahagian kerugiannya semalam setelah AS membebaskan data buruh yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Menurut Pemprosesan Data Automatik (ADP), Nonfarm Employment Change A.S dibebaskan pada -2,760K, lebih baik daripada ramalan ahli ekonomi pada -9,000K, menunjukkan bahawa syarikat AS masih terus mengurangkan pekerjaan akibat wabak. Di tengah-tengah novel pandemi virus, syarikat AS telah memecat pekerja secara besar-besaran kerana virus telah menyebabkan ekonomi AS memasuki tahap kemelesetan, di mana syarikat dan perkilang terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka untuk membatasi kesan negatif penyebaran virus. Walau bagaimanapun, serangkaian data pekerjaan yang dikeluarkan baru-baru ini memberikan sedikit keyakinan untuk laporan NFP hari Jumaat. Meskipun demikian, aktiviti tunjuk perasaan atas kematian George Floyd telah mengehadkan kenaikan dolar AS kerana keadaan kelam kabut yang berterusan telah menekan ekonomi AS daripada pemulihan virus. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.05% ke 97.30.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 0.49% ke $36.55 setong sementara pelabur dalam keraguan yang disebabkan oleh pertikaian mengenai penipuan kuota pemotongan minyak. Risiko ketidakpastian di pasaran komoditi hitam ini telah menurunkan harga minyak sementara para pelabur masih memberikan tumpuan pada mesyuarat OPEC + yang akan datang. Namun begitu, sebahagian kerugian harga minyak mentah telah dipulih susulan dengan penurunan yang tidak dijangkakan berlaku pada stok simpanan minyak mentah AS. Menurut kepada EIA, data stok inventori minyak mentah AS dibebaskan pada -2.077M, sementara ramalan ahli ekonomi adalah peningkatan sebanyak 3.038M. Selain itu, harga emas turun 0.03% ke $1698.50 setroy ounce kerana penyusutan penyebaran Covid-19.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:45 EUR ECB Monetary Policy Statement
20:30 EUR ECB Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Construction PMI (May) | 8.2 | 29.7 | – |
| 19:45 | EUR – Deposit Facility Rate (Jun) | -0.50% | -0.50% | – |
| 19:45 | EUR – ECB Marginal Lending Facility | 0.25% | – | – |
| 19:45 | EUR – ECB Interest Rate Decision (Jun) | 0.00% | 0.00% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 2,123K | 1,800K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 97.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 96.85.
Tahap rintangan: 97.60, 98.25
Tahap sokongan: 96.85, 95.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2625. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2495.
Tahap rintangan: 1.2625, 1.2750
Tahap sokongan: 1.2495, 1.2435

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.1250. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.1195.
Tahap rintangan: 1.1250, 1.1305
Tahap sokongan: 1.1195, 1.1155

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 108.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 109.40.
Tahap rintangan: 109.40, 111.35
Tahap sokongan: 108.20, 107.20

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6810. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7005.
Tahap rintangan: 0.7005, 0.7205
Tahap sokongan: 0.6810, 0.6655

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6430. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.
Tahap rintangan: 0.6430, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6385, 0.6325

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.3670. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah menuju ke arah tahap sokongan di 1.3380.
Tahap rintangan: 1.3670, 1.3855
Tahap sokongan: 1.3380, 1.3095

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9650. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.9595.
Tahap rintangan: 0.9650, 0.9700
Tahap sokongan: 0.9595, 0.9575

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran berlaku pada tahap rintangan di 38.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 34.35.
Tahap rintangan: 38.00, 41.05
Tahap sokongan: 34.35, 31.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1695.15. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah tahap rintangan di 1709.45.
Tahap rintangan: 1709.45, 1718.20
Tahap sokongan: 1695.15, 1683.50