05 Jun 2020 Analisis Sesi Petang
Dolar melanjutkan kerugian susulan ancaman Presiden Trump.
Indeks dolar yang didagang terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama terus mengalami tekanan penjualan yang ketara semasa sesi Asia akhir berikutan dengan kerusuhan yang berterusan ditambah dengan ancaman ketenteraan oleh Presiden AS Donald Trump terus menyeret sentimen tersebut. Dengan para penunjuk perasaan mengabaikan perintah sekatan yang dikenakan di seluruh AS dan kerusuhan kekal meningkat, Presiden Trump telah mengancam untuk menghantar tentera bagi ‘menyelesaikan masalah dengan cepat’, satu tindakan yang dikhuatiri oleh para pelabur USD di mana ia akan meningkatkan ketegangan dengan lebih lanjut. Selain itu, beberapa pegawai seperti bekas setiausaha pertahanan James Mattis dan ketua pertahanan Trump semasa, Mark Esper juga menentang ancaman Presiden Trump untuk menghantar tentera. Oleh itu, ketidakpastian yang semakin meningkat telah memberikan pengaruh negatif yang besar untuk dolar AS dan menyeret nilainya ke bawah. Pada masa penulisan, indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.05% kepada 96.68.
Pada masa penulisan, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.14% kepada $37.38 setong semasa penulisan berikutan dengan kemungkinan mesyuarat OPEC pada hari Ahad. Menurut kepada perkembangan yang terkini dari Reuters, pertemuan antara Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu yang dipimpin oleh Rusia berkemungkinan boleh diadakan pada hujung minggu ini. Selain itu, suasana positif juga meningkat dengan lebih tinggi setelah tweet Presiden AS Donald Trump yang mengucapkan terima kasih kepada Iran atas pembebasan tahanan lain dan menandakan isyarat kemungkinan untuk perjanjian perdagangan dengan negara teluk tersebut. Sebaliknya, harga emas telah memulih sebanyak 0.15% kepada $1710.05 se troy auns pada masa penulisan berikutan dengan ketegangan AS-China menyokong permintaan komoditi tersebut.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – NonFarm Payrolls (May) | -20,537K | -8,000K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment rate (May) | 14.7% | 19.8% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (May) | -1,993.8K | -500.0K | – |
| 22:00 | CAD – Ivey PMI (May) | 22.8 | – | – |
| 01:00
(6th) |
CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count | 222 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 95.55. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 97.25, 97.95
Tahap sokongan: 96.55, 96.05

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2615. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2615, 1.2745
Tahap sokongan: 1.2435, 1.2290

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1350. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1350, 1.1420
Tahap sokongan: 1.1240, 1.1160

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.30. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 109.30, 110.15
Tahap sokongan: 108.30, 107.50

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6955. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6955, 0.7010
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6800

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6435. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6525, 0.6605
Tahap sokongan: 0.6435, 0.6335

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3470. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3735, 1.3890
Tahap sokongan: 1.3470, 1.3310

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9615. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9505.
Tahap rintangan: 0.9615, 0.9735
Tahap sokongan: 0.9505, 0.9435

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 37.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 37.50, 44.40
Tahap sokongan: 27.85, 20.45

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan leibh rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1709.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1722.00, 1731.40
Tahap sokongan: 1708.35, 1698.10