8 Jun 2020 Analisis Sesi Petang
Yen Jepun menyusut susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko.
Sentimen pasara kini telah memperbaiki di pasaran FX di tengah-tengah para pelabur memfokuskan pada tanda-tandah pemulihan ekonomi dari wabak koronavirus, yang selanjutnya mendorong para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset berisiko sambil mencetuskan penjualan yang ketara ke atas aset selamat seperti Yen Jepun. Selain itu, pasaran ekuiti dunia telah mencapai paras tertinggi untuk tiga bulan pada minggu yang lalu susulan dnegan rangsangan ekonomi monetari dan fiskal yang agresif meningkatkan keyakinan kepada para pelabur, walaupun masih terdapat beberapa risiko mengenai pemulihan ekonomi yang perlahan, peningkatan ketegangan di antara A.S. dan China dan juga peningkatan dalam jangkitan koronavirus. Sebilangan penganalisis menjangkakan bahawa Yen Jepun akan melanjutkan kerugiannya susulan dengan harapan bahawa bank pusat dunia akan terus membeli bon kerajaan dan aset kewangan lain bagi meningkatkan kesolvenan dan kecairan dalam sistem kewangan global. Namun, beberapa penganalisis yang lain meramalkan bahawa masih banyak ketidakpastian mengenai tinjauan tersebut, termasuk ketegangan diplomatik antara A.S-China dan juga pemilihan presiden A.S. pada akhir tahun ini. Selain itu, Yen Jepun telah menerima momentum bearish yang lanjutnya selepas data yang negatif telah dibebaskan dari rantau Jepun. Menurut kepada Cabinet Office, Jepun Gross Domestik Produk (GDP) untuk suku terakhir telah memberi bacaan sebanyak -0.6%, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu -0.5%. Semasa penulisan, USDJPY telah menyusut sebanyak 0.09% ke 109.47.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 3.21% ke $39.80 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas OPEC dan alliesnya termasuk Rusia telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pemotongan pengeluaran minyak mentah hinggi akhir bulan Julai. Sebaliknya, harga eams telah meningkat sebanyak 0.17% ke %1687.80 susulan dengan pembetulan teknikal. Namun, pasaran emas telah mencatat kerugiannya yang ketara pada hari Jumaat yang lalu susulan dengan data-data pekerjaan yang positif dari rantau A.S. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics, A.S. Nonfarm Payrolls dan kadar pengangguran telah kedua-dua memberikan bacaan yang sangat positif, meningkatkan sentimen optimisme ke perkembangan ekonomi di seluruh dunia.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.55. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 97.25.
Tahap rintangan: 97.25, 97.95
Tahap sokongan: 96.55, 96.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2640. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2950
Tahap sokongan: 1.2640, 1.2510

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1335. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1240.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1420
Tahap sokongan: 1.1240, 1.1160

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 109.00.
Tahap rintangan: 109.65, 110.25
Tahap sokongan: 109.00, 108.25

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7010. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6955.
Tahap rintangan: 0.7010, 0.7075
Tahap sokongan: 0.6955, 0.6880

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6525. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6525, 0.6605
Tahap sokongan: 0.6435, 0.6335

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.3470. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3470, 1.3585
Tahap sokongan: 1.3310, 1.3205

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9600. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.9645.
Tahap rintangan: 0.9645, 0.9695
Tahap sokongan: 0.9600, 0.9555

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 40.30. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 40.30, 42.95
Tahap sokongan: 38.15, 35.95

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1676.75. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1698.30.
Tahap rintangan: 1698.30, 1717.80
Tahap sokongan: 1676.75, 1648.05