83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 June 2020                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS menurun sebelum mesyuarat Fed.  

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding sekumpulan enam mata wang utama tidak dapat memulih daripada kerugian besarnya semalam kerana para pelabur meramalkan bahawa Federal Reserve mungkin akan mengemukakan kenyataan yang neutral dalam mesyuarat yang akan datang. Sejak tercetusnya wabak Covid-19, Bank Pusat AS telah bekerjasama erat dengan kerajaan AS untuk melaksanakan pelbagai jenis pelan rangsangan untuk memerangi kerosakan virus dan menghidupkan ekonomi negara semula dari kemelesetan. Setakat ini, peserta pasaran menjangkakan kadar faedah jangka pendek akan tetap stabil pada sifar, sambil terus memberi perhatian penuh terhadap kenyataan Pengerusi Fed untuk petunjuk mengenai langkah seterusnya bank pusat AS. Namun, data pekerjaan yang optimis dari AS telah menaikkan daya tarikan dolar AS semalam. Menurut Biro Statistik Tenaga Kerja, data Pekerjaan JOLTs AS dibebaskan pada 5.046 juta, lebih tinggi daripada ramalan ahli ekonomi pada 5.000 juta, dan ia telah menunjukkan bahawa aktiviti pengupahan telah meningkat setelah ekonomi AS dibuka kembali. Semasa penulisan, indeks dolar turun 0.24% ke 96.40.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut 2.05% ke $38.15 setong kerana data inventori semalam menunjukkan peningkatan stock simpanan minyak mentah di AS. Menurut API, Weekly Crude Oil Stock AS meningkat sebanyak 8.400M, sementara penganalisis meramalkan penurunan yang sebanyak -0.500M. Peningkatan inventori minyak mentah yang besar telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap pelan pemotongan pengeluaran minyak baru-baru ini dapat mengatasi masalah bekalan yang melebihi. Selain itu, harga emas meningkat 0.11% ke $1716.55 setroy ounce susulan dengan peningkatan keyakinan para pelabur terhadap aset yang lebih berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

02:00                     USD                                        FOMC Economic Projections

(11hb)

02:00                     USD                                        FOMC Statement

(11hb)

02:30                     USD                        FOMC Press Conference

(11hb)

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:30 USD – Core CPI (MoM)(May) -0.4% -0.1%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -2.077M -1.738M
02:00

(11th)

USD – Fed Interest Rate Decision 0.25% 0.25%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 96.10. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish ynag berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.80, 99.05

Tahap sokongan: 96.10, 94.35

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2745. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.2570.

 

Tahap rintangan: 1.2745, 1.2915

Tahap sokongan: 1.2570, 1.2410

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1240. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1400, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1240, 1.1115

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 107.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.95, 109.90

Tahap sokongan: 107.90, 107.05

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundru dari tahap rintangan di 0.6965. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6925.

 

Tahap rintangan: 0.6965, 0.7005

Tahap sokongan: 0.6925, 0.6885

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6530. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke paras yang lebih rendah.

 

Tahap rintangan: 0.6530, 0.6565

Tahap sokongan: 0.6465, 0.6405

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.3360. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke tahap rintangan di 1.3650.

 

Tahap rintangan: 1.3650, 1.3830

Tahap sokongan: 1.3360, 1.3075

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.9500. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.9555.

 

Tahap rintangan: 0.9555, 0.9625

Tahap sokongan: 0.9500, 0.9460

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 38.55. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 36.05.

 

Tahap rintangan: 38.55, 40.40

Tahap sokongan: 36.05, 32.35

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1716.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan  mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah tahap sokongan di 1696.15.

 

Tahap rintangan: 1716.40, 1736.10

Tahap sokongan: 1696.15, 1677.70