83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Jun 2020                         Analisis Sesi Tengah Hari

Pound sterling menjunam susulan kebimbangan Brexit.

Mata wang paun sterling yang didagang terhadap dolar A.S dan pasangan mata wang lain telah jatuh semasa lewat sesi Asia susulan dengan pertaruhan bearish terhadap paun sterling meningkat disebabkan oleh kebimbangan Brexit yang berterusan. Oleh kerana kekurangan perkembangan dalam perbincangan Brexit, risiko UK meninggalkan E.U tanpa sebarang perjanjian perdagangan telah meningkat. Pegawai atasan UK dan EU berusaha untuk bersetuju dalam syarat perdagangan baru setelah Brexit telah berkuat kuasa pada Januari, tetapi perkembangannya adalah sangat perlahan dan masa hampir habis untuk mengelakkan pertikaian ketika pengaturan akan berakhir pada akhir 2020. Ketua Pengarah CBI, Carolyn Fairbairn telah meminta pemerintah untuk tidak menjauhkan diri dari perbincangan Brexit tanpa kesepakatan di mana beliau menyatakan bahawa negara U.Kyang meninggalkan EU tanpa kesepakatan akan menjadi “sekatan utama” untuk pemulihan. Oleh kerana tinjauan Brexit yang semakin buruk, spekulator mata wang telah meningkatkan taruhan mereka terhadap sterling ke tahap tertinggi sejak November, menurut ING. Pada masa penulisan, GBP/USD jatuh 0.29% kepada 1.2562.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya dan merosot sebanyak 1.15% kepada $ 35.60 setong semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan yang berlanjutan terhadap gelombang kedua koronavirus. Oleh kerana Amerika Syarikat telah melampaui 2 juta kes COVID-19 pada hari Jumaat, harapan pasaran untuk pemulihan semakin pudar dan mencetuskan prospek penjualan untuk komoditi hitam. Sebaliknya, harga emas kekal stabil dan menokok sebanyak 0.03% kepada $ 1727.61 pada masa penulisan susulan dengan peningkatan dalam sentimen penghindaran risiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – GDP(MoM) -5.8% -18.7%
14:00 GBP – Manufacturing Production (MoM)(Apr) -4.6% -15.8%
01:00

(13hb)

CrudeOIL – U.S Baker Hughes Oil Rig Count 206

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 97.00. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.60

Tahap sokongan: 96.00, 95.25

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2625. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2490.

 

Tahap rintangan: 1.2625, 1.2725

Tahap sokongan: 1.2490, 1.2385

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 1.1245. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1405, 1.1555

Tahap sokongan: 1.1245, 1.1140

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 107.20. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 107.20, 107.55

Tahap sokongan: 106.70, 106.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap skongan terdahulu 0.6905. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6905, 0.7015

Tahap sokongan: 0.6755, 0.6650

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.6435. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6435, 0.6545

Tahap sokongan: 0.6350, 0.6275

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3670. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.3670, 1.3800

Tahap sokongan: 1.3480, 1.3355

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9450. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9450, 0.9505

Tahap sokongan: 0.9380, 0.9320

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 34.75. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 37.55, 40.25

Tahap sokongan: 34.75, 31.75

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1723.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1738.70, 1752.05

Tahap sokongan: 1723.25, 1706.00