18 Jun 2020 Analisis Sesi Petang
Aussie menderita di tengah-tengah laporan pekerjaan yang lemah.
Dolar Australia yang didagang terhdap dolar AS dan pasangan mata wang lain telah mengalami tekanan penjualan semasa lewat sesi Asia selepas data pekerjaan menunjukkan bacaan yang lebih lemah daripada yang dijangkakan. Menurut kepada Biro Statistik Australia, kadar pengangguran di Australia telah meningkat kepada 7.1%, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran sebanyak 7%. Selain itu, data perubahan pekerjaan juga memberi bacaan pada -227.7K, tersasar daripada ramalan ekonomis sebanyak -125K. Laporan pekerjaan bulanan tersebut telah menumpahkan air sejuk atas harapan pasaran. Ini juga mengesahkan sikap dovish dari RBA dan berkemungkinan akan terus menekan sentimen Aussie. Selain itu, koronavirus yang sedang berterusan juga memberikan tekanan selanjutnya pada pasangan ini. Selepas China mencatat kes baru koronavirus baru-baru ini, Beijing telah melancarkan tindakan tegas dengan memberhentikan perjalanan udara dan memulakan semula sekatan. Pada masa penulisan, AUD/USD telah merosot sebanyak 0.25% ke 0.6866.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan pengundurannya dan turun sebanyak 0.40% kepada $ 37.73 setong semasa penulisan berikutan dengan kebimbangan permintaan. Oleh kerana kes baru telah dicatatkan di China dan EU, kebimbangan terhadap permintaan yang lemah terus meningkat. Beijing telah membatalkan penerbangannya dan menutup sekolah sementara beberapa negeri A.S. termasuk Texas, Florida dan California melaporkan peningkatan mendadak dalam kes baru dan berkemungkinan akan menarik kembali sekatan yang akan menurunkan permintaan dalam penggunaan komoditi. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.03% kepada $ 1725.13 se troy auns pada saat penulisan di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko yang semakin meningkat di pasaran disebabkan oleh koronavirus gelombang kedua.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:30 CHF SNB Monetary Policy Assessment
16:00 CHF SNB Press Conference
19:00 GBP BoE MPC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | CHF – SNB Interest Rate Decision | -0.75% | -0.75% | – |
| 19:00 | GBP – BoE Interest Rate Decision | 0.10% | 0.10% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 1,542K | 1,277K | – |
| 20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jun) | -43.1 | -25.0 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 96.90. MACD yang memaparkan bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 97.60.
Tahap rintangan: 97.60, 98.35
Tahap sokongan: 95.95, 95.00

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah garisan aliran menaik.
Tahap rintangan: 1.2585, 1.2720
Tahap sokongan: 1.2485, 1.2250

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.1240. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1555
Tahap sokongan: 1.1240, 1.1115

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 107.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalamai pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 107.15, 108.15
Tahap sokongan: 106.20, 104.80

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6945. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 0.6665.
Tahap rintangan: 0.6945, 0.7225
Tahap sokongan: 0.6665, 0.6315

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap yang lebih tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6405.
Tahap rintangan: 0.6565, 0.6735
Tahap sokongan: 0.6405, 0.6200

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.3650.
Tahap rintangan: 1.3650, 1.3830
Tahap sokongan: 1.3360, 1.3075

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9540. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.
Tahap rintangan: 0.9540, 0.9625
Tahap sokongan: 0.9455, 0.9335

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 37.55. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 39.25, 41.00
Tahap sokongan: 37.55, 35.60

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1730.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1714.00.
Tahap rintangan: 1730.20, 1743.20
Tahap sokongan: 1724.00, 1714.20