19 Jun 2020 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melonjak susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko.
Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sebakul enam pasangan mata wang utama telah mencatat keuntungannya susulan dengan kekurangan sentimen selera risiko selepas peningkatan yang mendadak dalam kes jangkitan koronavirus baru di seluruh dunia, yang selanjutnya meningkatkan permintaan pasaran ke atas aset selamat Dolar AS. Menurut kepada Reuters, lonjakan jangkitan koronavirus yang baru di beberapa negeri A.S. dan pengenaan kawalan pergerakan di Beijing untuk memerangi wabak baru telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko untuk membuka semula kegiatan ekonomi sebelum vaksin dikembangkan. Dari segi data ekonomi A.S., AS Dolar telah menerima momentum bullish yang lanjutnya selepas data pembuatan yang positif telah dibebaskan dari rantau A.S. Menurut kepada Federal Reserve Bank of Philadelphia, data Philadelphia Fed Manufacturing Indeks telah melonjak dengan ketara dari bacaan terdahulu sebanyak -43.1 ke bacaan sebanyak 27.5, lebih baik daripada jangkaan ekonomis iaitu -23.0. Walau bagaimanapun, indeks dolar telah mengehadkan keuntungannya susulan dengan data pekerjaan yang suram. Department of Labor dari A.S telah melaporkan bahawa A.S. Initial Jobless Claims telah memberikan bacaan sebanyak 1,508K, lebih buruk daripada jangkaan ekonomis iaitu 1,300K manakala menyokong prospek bahawa ekonomi global akan menghadapi pemulihan yang lama dan sukar dari kemelesetan COVID-19. Semasa penulisan, Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.30% ke 97.35.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.72% ke $39.34 se tong semasa penulisan. Pasaran minyak mentah telah meningkat selepas pengeluar minyak yang menipu pemotongan pengeluaran pada awalnya berjanji kepada OPEC+ untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran mereka semasa mesyuarat pada hari Khamis yang lalu. Sebaliknya, harga emas telah melonjak sebanyak 0.03% ke $1723.53 se troy auns susulan dengan penyusutan dalam sentimen selera risiko dalam pasaran kewangan dunia.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | GBP – Retail Sales (MoM) (May) | -18.1% | 5.8% | – |
| 20:30 | CAD – Core Retail Sales (MoM) (May) | -0.4% | -12.8% | – |
| 01:00
(20th) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 199 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 97.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 98.15.
Tahap rintangan: 98.15, 98.95
Tahap sokongan: 97.15, 96.30

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.2465. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2545, 1.2640
Tahap sokongan: 1.2340, 1.2215

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1225. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1125.
Tahap rintangan: 1.1225, 1.1405
Tahap sokongan: 1.1125, 1.0980

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 107.15. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 107.15, 107.45
Tahap sokongan: 106.70, 106.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap sokongan terdahulu 0.6915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6915, 0.7015
Tahap sokongan: 0.6815, 0.6715

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6420. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6475, 0.6525
Tahap sokongan: 0.6420, 0.6375

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3525. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3640.
Tahap rintangan: 1.3640, 1.3800
Tahap sokongan: 1.3525, 1.3355

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9520. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9520, 0.9545
Tahap sokongan: 0.9485, 0.9460

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 35.65. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 42.55.
Tahap rintangan: 42.55, 52.35
Tahap sokongan: 35.65, 28.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1721.80. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1738.70, 1752.05
Tahap sokongan: 1721.80, 1711.60