23 Jun 2020 Analisis Sesi Petang
Mata wang Aussie jatuh di tengah ketidaktentuan antara AS – China.
Dolar Aussie yang berbanding dengan dolar AS dan pasangan mata wang yang lain telah merosot semasa sesi Asia lewat ketika ketegangan yang semakin teruk antara AS dan China kekal memberi tekanan kepada pasaran. Awal hari ini, penasihat Rumah Putih Peter Navarro telah menyatakan bahawa perjanjian perdagangan antara AS dan China sudah berakhir. Navarro memberitahu Fox News: “Sudah berakhir, mereka datang ke sini pada 15 Januari untuk menandatangani perjanjian perdagangan ini, dan itu adalah dua bulan penuh setelah mereka mengetahui virus tersebut,”. Reaksi pasaran adalah cepat terhadap berita tersebut dan mencetuskan para pelabur untuk menurunkan nilai mata wang Aussie. Namun, Penasihat Ekonomi AS Larry Kudlow kemudian menjelaskan bahawa perjanjian perdagangan AS-China masih tetap utuh dan ia menimbulkan kekeliruan di kalangan para pelabur. Namun, kemungkinan terhadap pengakhiran perjanjian perdagangan boleh menyebabkan kebangkitan dalam perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia, justerunya ketidakpastian ini telah mempengaruhi sentimen risiko pasaran. Pada masa penulisan, AUD/USD jatuh sebanyak 0.05% kepada 0.6923.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah kekal stabil dan meningkat sebanyak 0.18% kepada $40.60 setong semasa penulisan berikutan dengan optimisme terhadap pemulihan permintaan. Oleh kerana pembukaan semula dalam beberapa negeri AS dan negara-negara lain di seluruh dunia, permintaan untuk bahan bakar kembali kerana jalan-jalan seperti New York telah penuh dengan pengangkutan. Syarikat penerbangan seperti Delta Airlines juga meneruskan penerbangannya yang mendorong kepada lebih banyak permintaan bahan bakar, justerunya ia meningkatkan harga komoditi ini.. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.27% kepada $ 1749.90 se troy auns pada waktu penulisan di tengah-tengah kenaikan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:45 GBP BoE Gov Bailey Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jun) | 36.6 | 41.5 | – |
| 16:30 | GBP – Composite PMI | 30.0 | – | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing PMI | 40.7 | – | – |
| 16:30 | GBP – Services PMI | 29.0 | – | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (May) | 623K | 640K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 96.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 97.55, 98.45
Tahap sokongan: 96.75, 95.90

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.2515. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2815
Tahap sokongan: 1.2095, 1.2305

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.1275. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.1225, 1.1355
Tahap sokongan: 1.1220, 1.1170

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 106.80. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 107.45.
Tahap rintangan: 107.45, 107.95
Tahap sokongan: 106.80, 106.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6775. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7000.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7195
Tahap sokongan: 0.6775, 0.6605

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6490. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6580
Tahap sokongan: 0.6385, 0.6275

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3490. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.3635, 1.3770
Tahap sokongan: 1.3490, 1.3360

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9465. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.9515, 0.9545
Tahap sokongan: 0.9465, 0.9430

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 42.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 42.55, 52.35
Tahap sokongan: 35.65, 28.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1759.10. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1759.10, 1798.75
Tahap sokongan: 1724.10, 1681.00