24 Jun 2020 Analisis Sesi Pagi
Euro melonjak susulan dengan data-data ekonomi yang positif.
Euro telah melonjak ke paras tertinggi dalam satu minggu selepas data-data ekonomi yang positif dari rantau Eropah telah dibebaskan. Selain itu, permintaan untuk aset berisiko seperti Euro dan Paun Sterling telah meningkat susulan dengan A.S secera rasmi mengesahkan bahawa perjanjian perdagangan di antara A.S. dan China tetap utuh. Menurut kepada Market Economis, Jerman Manufacturing Purchasing Managers Indeks (PMI) telah meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 36.6 ke bacaan sebanyak 44.6, lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu 41.5. Selain itu, France Manufacturing Purchasing Managers Indeks juga meningkat dari bacaan terdahulu sebanyak 40.6 ke bacaan sebanyak 52.1, yang juga lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis iaitu 46.0. Data-data ekonomi yang positif telah mencetuskan optimisme pasaran terhadap kemajuan ekonomi di rantau Eropah sambil mengatasi kebimbangan jangkitan koronavirus gelombang kedua di seluruh dunia, yang selanjutnya meningkatkan permintaan pasaran ke atas pasangan euro. Tambahan pula, euro telah menerima momentum bullish yang lanjutnya susulan dengan peningkatan sentimen selera risiko selepas Presiden A.S. Donald Trump menulis dalam tweet bahawa kesepakatan dengan China adalah sangat utuh. Semasa penulisan, EUR/USD telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.02% ke 1.1307.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.25% ke $40.02 se tong. Pasaran minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas data API minyak mentah telah dibebaskan. Menurut kepada American Petroleum Institute (API), stok minyak mentah dari rantau A.S. telah memberikan bacaan sebanyak 1.749M, lebih buruk daripada jangkaan pasaran iaitu 0.300M. Walau bagaimanapun, pada masa kini para pelabur akan memantau perkembangan mengenai data inventori minyak mentah yang akan dibebaskan pada malam ini untuk menjangkakan pergerakan dalam komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah mencatat keuntungannya sebanyak 0.04% ke $1768.90 se troy auns susulan dengan peningkatan kes-kes koronavirus di Amerika Syarikat, yang selanjutnya meningkatkan permintaan pasaran ke atas aset selamat seperti komoditi emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
10:00 NZD RBNZ Rate Statement
11:00 NZD RBNZ Press Conference
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 10:00 | NZD – RBNZ Interest Rate Decision | 0.25% | 0.25% | – |
| 16:00 | Euro – German Ifo Business Climate Index (Jun) | 79.5 | 85.0 | |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 1.215M | -0.152M |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 96.35.Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 96.95, 97.55
Tahap sokongan: 96.35, 95.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.2515. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2635, 1.2815
Tahap sokongan: 1.2515, 1.2305

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.1275. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1400.
Tahap rintangan: 1.1400, 1.1500
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1170

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 106.15. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 106.80, 107.45
Tahap sokongan: 106.15, 105.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 0.7000. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7195
Tahap sokongan: 0.6775, 0.6605

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6490. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6655
Tahap sokongan: 0.6490, 0.6385

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3490. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3635.
Tahap rintangan: 1.3635, 1.3770
Tahap sokongan: 1.3490, 1.3360

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.9430. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9520, 0.9605
Tahap sokongan: 0.9430, 0.9330

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini berhampiran dengan tahap rintangan 42.55. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 42.55, 52.35
Tahap sokongan: 35.65, 28.75

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1762.45. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1798.75, 1825.50
Tahap sokongan: 1762.45, 1735.80